Page 192 - Buku Panduan Program Sarjana Muda APIUM 20262027-reduce
P. 192

IIH3005 Dirasah al-Miqat / Miqat Studies

                Kredit / Credit                :  3
                Prasyarat Kursus / Course      :  Tiada / None
                Pre-requisite(s)
                Bahasa Pengantar / Medium      :  Bahasa Melayu / Malay Language
                of Instruction

                Hasil Pembelajaran Kursus / Learning Outcomes
                Pada akhir kursus ini, pelajar dapat: atau setelah menamatkan kursus ini, pelajar berupaya untuk:
                At the end of the course, students are able to:

                  1     Mengenalpasti bagaimana konsep perhitungan waktu solat dan arah kiblat dalam kaedah
                        ilmu miqat
                        To identify how the concept of prayer and qibla direction in miqat method
                  2     menghitung waktu solat dan arah kiblat menggunakan rubu’ mujayyab dalam ilmu miqat
                        Calculating the prayer time and direction of the qibla using rubu ' mujayyab in miqat
                  3     Mengaplikasikan kaedah ilmu miqat dalam penyelesaian masalah waktu solat dan kiblat
                        Apply the miqat in solving the problem of time prayer and qibla

                Sinopsis Kandungan Kursus / Synopsis of Course Content

                Kursus ini memberi penjelasan dari perspektif ilmuan falak tradisi tentang kaedah yang digunapakai
                dalam ilmu Miqat untuk menentukan waktu-waktu dalam ibadah umat Islam terutamanya waktu solat.
                Kajian ilmu Miqat atau popular dengan istilah timekeeping telah diusahakan oleh ilmuan falak tradisi
                sejak abad ke-7 Masihi disebabkan kepentingan dalam penentuan waktu-waktu solat dan arah kiblat
                umat Islam. Ilmuan falak tersebut telah mencipta kaedah hitungan waktu solat dan arah kiblat dengan
                penggunaan peralatan rubu’ mujayyab. Oleh demikian, kursus ini bertujuan memperlihatkan kepada
                para pelajar kaedah yang digunakan oleh ilmuan falak tradisi untuk menentukan waktu dalam ibadah
                umat Islam. Di akhir kursus, para pelajar dapat memahami bagaimana hitungan waktu solat dan arah
                kiblat dapat dilakukan menerusi ilmu Miqat yang mengaplikasikan peralatan tradisi rubu’ mujayyab.

                The course provides the explanation of the method in miqat to determine the time of prayers and
                qibla direction in the perspective of falak tradition. Since the 7th century, timekeeping has been a
                major concern in Islamic astronomy by muslim’s scholars because it has become a response needed
                for regulation of  astronomically defined  Islamic times for daily prayers and  determining  the  qibla
                direction. So the muslim scholar has created instruments like quadrants for the main purpose in
                determining the time of prayer and qibla direction. For that reason, this course is created to show the
                students about the methods used by the astronomers tradition to determine the time in ibadah muslim
                life. At the end of the course, students will understand how the time prayers and qibla direction can
                be calculated by using quadrants due to the miqat methods.

                Kaedah Pentaksiran / Assessment Methods
                Pentaksiran Berterusan / Continuous    :  50%
                Assessment
                Peperiksaan Akhir / Final Examination    :  50%

















                                                                                                               182
   187   188   189   190   191   192   193   194   195   196   197