Page 371 - Buku Panduan Program Sarjana Muda APIUM 20262027-reduce
P. 371
Kursus Elektif Program / Program Elective Courses
(Pengkhususan: Pemikiran Islam dan Pengajian Kerohanian / Specialization:
Islamic Thought and Spiritual Studies)
III1006 Isu Akidah dan Pemikiran Islam Semasa / Contemporary Issues In Islamic Creeds And
Thought
Kredit / Credit : 3
Prasyarat Kursus / Course : Tiada / None
Pre-requisite(s)
Bahasa Pengantar / Medium : Bahasa Arab, Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris
of Instruction Arabic Language, Malay Language & English Language
Hasil Pembelajaran Kursus / Learning Outcomes
Pada akhir kursus ini, pelajar dapat: atau setelah menamatkan kursus ini, pelajar berupaya untuk:
At the end of the course, students are able to:
1 Mengenal pasti isu Akidah dan Pemikiran Islam yang timbul dalam kalangan umat Islam,
khasnya di Malaysia.
Identify the authentic perspective of Islamic Creeds and Thought that arise among muslims
especially in Malaysia
2 Mengaplikasikan prinsip Akidah dan Pemikiran Islam secara praktikal dalam kehidupan.
Apply the principle of Islamic Creeds and Thought in daily life
3 Menganalisis isu Akidah dan Pemikiran Islam menurut perspektif ahl al-Sunnah wa al-
Jama`ah.
Analyse the issues in Islamic Creeds and Thought base on sunni perspective
Sinopsis Kandungan Kursus / Synopsis of Course Content
Kursus ini membincangkan isu-isu akidah dan Pemikiran Islam semasa. Kursus ini mendedahkan
konsep serta prinsip akidah dan pemikiran yang sahih. Kursus melibatkan isu perselisihan
pandangan berhubung persoalan akidah termasuk firaq Islam seperti Syiah, Khawarij dan
Muktazilah. Kursus turut mendedahkan cabaran serangan fahaman moden Barat terhadap akidah
dan pemikiran umat Islam seperti Pluralisme Agama, Feminisme, dan Islam Liberal. Kursus turut
menganalisis syubhah dan implikasi perspektif yang pelbagai ini terhadap akidah dan pemikiran
Islam yang sahih.
This course discusses the issues in Aqidah and Islamic Thought. It also discusses the authentic
principle of Islamic creeds and thought. The issues include the variable perspective among the
Islamic sects such as Shiite, Kharijite and Muktazilite on theology. This course also discusses the
challenge of Modern Western thought towards the Islamic creeds and thoughts such as Pluralism,
Feminism, and Liberal Islam. The course also analyses arguments of these perspectives and its
implication towards the Aqidah and Islamic Thought are valid.
Kaedah Pentaksiran / Assessment Methods
Pentaksiran Berterusan / Continuous : 40%
Assessment
Peperiksaan Akhir / Final Examination : 60%
341

