Page 373 - Buku Panduan Program Sarjana Muda APIUM 20262027-reduce
P. 373
III1008 Dialog Inter Agama dalam Konteks Kemajmukan / Interfaith Dialogue in the Context of
Diversity
Kredit / Credit : 3
Prasyarat Kursus / Course : Tiada / None
Pre-requisite(s)
Bahasa Pengantar / Medium : Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris
of Instruction Malay Language & English Language
Hasil Pembelajaran Kursus / Learning Outcomes
Pada akhir kursus ini, pelajar dapat: atau setelah menamatkan kursus ini, pelajar berupaya untuk:
At the end of the course, students are able to:
1 Menganalisis kriteria-kriteria utama dan nilai-nilai teras dalam hubungan antara agama
berdasarkan Qur’an dan Sunnah.
Analyse the main criteria and core values in interfaith relations based on the Quran and
Sunnah.
2 Menilai perubahan konteks perbezaan zaman dalam dinamik hubungan Islam dengan
agama lain.
Evaluate the changing contexts of the different ages in the dynamics of Islam and its
relationship with other religions.
3 Mengaplikasikan prinsip-prinsip dan etika dalam dialog antara agama berdasarkan
kesesuaian konteks.
Apply Islamic principles and ethics of interfaith dialogue appropriately based on different
contexts.
Sinopsis Kandungan Kursus / Synopsis of Course Content
Kursus ini memberi penekanan kepada kupasan berkenaan asas-asas dialog antara agama menurut
al-Quran dan Sunnah. Ia juga menganalisis sirah Rasulullah S.A.W. secara mendalam bagi
memahami dialog baginda dengan bukan Muslim dengan meneliti enam kes yang utama yang
melibatkan Kristian, Yahudi dan golongan mushrik. Bagi setiap kes yang dianalisa, konteks sosio-
politik yang terlibat turut dinilai secara kritis. Perbincangan kursus ini juga turut menyorot perjalanan
sejarah umat Islam yang melibatkan hubungan para pemimpin Muslim dengan bukan Muslim,
sehinggalah kejatuhan tamadun Islam. Seterusnya, perbezaan dinamik dalam hubungan antara
agama sewaktu dan setelah zaman penjajahan Barat ke atas umat Islam turut diketengahkan bagi
memahami perubahan global dalam hubungan antara agama. Pendefinisian konsep-konsep penting
seperti dhimmi, harbi, muwatin, yang merupakan implikasi perubahan lanskap dunia ini dibincangkan
untuk memastikan kefahaman para pelajar adalah selari dengan perkembangan pemikiran Islam
semasa. Pada akhir kursus ini, sorotan diberikan kepada konteks kemajmukan Malaysia dengan
mengambil kira peranan penting rukunegara, bentuk-bentuk dialog di Malaysia, cabaran serta
prospek dialog di negara ini.
This course emphasizes on the fundamentals of interfaith dialogue according to the Quran and the
Sunnah. It analyses the history of Prophet Muhammad’s life in-depth to understand his dialogue with
the non-Muslims by studying six major cases which involve the Christians, Jews and idol
worshippers. The socio-political contexts of the cases are also evaluated critically. The discussion
also pays attention to Muslim history until the fall of the Ottoman Empire where Muslim-non-Muslim
relationships are concerned. The different interfaith dynamic in the colonial period and post-
colonialism is brought forth to comprehend the global changes in the interfaith relationship. The
implications caused by the changing of the global landscape --concepts such as dhimmi, harbi,
muwatin will be discussed to ensure that the understanding of the students is up to date. At the end
of the course, Malaysian diversity context is put into perspective by considering the role of
rukunegara, challenges and prospects of Malaysian interfaith dialogue.
Kaedah Pentaksiran / Assessment Methods
Pentaksiran Berterusan / Continuous : 100%
Assessment
Peperiksaan Akhir / Final Examination : -
343

