Page 49 - PERATURAN-PERATURAN UNIVERSITI MALAYA
P. 49

(i)    mencapai PNGK terakhir 3.70 dan ke atas;

                                               (ii)   tidak pernah mendapat gred F bagi mana-mana
                                                      kursus      sepanjang        tempoh       program
                                                      pengajiannya;

                                               (iii)   Tidak  pernah  mengulang  kursus  yang  gagal
                                                      dan/atau mempertingkatkan gred kursus; dan

                                              (iv)   berjaya  menamatkan  program  pengajian  dalam
                                                     tempoh minimum atau tempoh yang diluluskan.

                                (3)    Anugerah Aegrotat

                                       Walau  apapun  peruntukan  subperaturan  (2)  di  atas,  dalam
                                       keadaan  di  mana  pelajar  telah  menyempurnakan  sekurang-
                                       kurangnya  dua  pertiga  daripada  jumlah  keseluruhan  kredit
                                       penyempurnaan bagi program pengajiannya tetapi tidak dapat
                                       menyempurnakan         program     pengajiannya     atas    sebab
                                       perubatan atau telah meninggal dunia, boleh dipertimbangkan
                                       untuk  pemberian  satu  Anugerah  Aegrotat.  Penganugerahan
                                       hendaklah  diurus  sebagaimana  yang  dinyatakan  di  dalam
                                       Jadual C kepada Peraturan ini.


                         8.     AM

                                (1)    Mengaudit Kursus

                                       (a)     Pelajar  Pemerhati  dan  pelajar  program  pengajian  di
                                               Universiti  boleh  mendaftar  untuk  mengaudit  mana-
                                               mana kursus setelah mendapat kelulusan Dekan Fakulti
                                               yang menawarkan kursus berkenaan.

                                       (b)     Pelajar  yang  mengaudit  kursus  tidak  dibenarkan
                                               menduduki peperiksaan bagi kursus yang didaftar.

                                       (c)     Dekan  Fakulti  berkenaan  hendaklah  mengesahkan
                                               pelajar  memenuhi  syarat  minimum  80%  kehadiran
                                               untuk  melayakkan  pelajar  diberi  gred  R  bagi  kursus
                                               yang diaudit dan dicatat dalam transkrip. Gred UR akan
                                               diberi bagi kursus yang tidak memenuhi 80% kehadiran.

                                (2)    Pengecualian Pemakaian

                                       Walau apapun yang dinyatakan di bawah Peraturan-Peraturan
                                       ini,  Senat  berhak  mengecualikan  pemakaian  Peraturan-
                                       Peraturan  ini  atau  mana-mana  peruntukan  Peraturan-
                                                                68
   44   45   46   47   48   49   50   51   52   53   54