Page 48 - PERATURAN-PERATURAN UNIVERSITI MALAYA
P. 48

(b)     Keperluan kredit minimum

                                               (i)    Jumlah  kredit  yang  diperlukan  untuk  tujuan
                                                      pengijazahan  adalah  sekurang-kurangnya  dua
                                                      pertiga  daripada  keseluruhan  kredit  program
                                                      pengajiannya  dan  hendaklah  diperolehi  dari
                                                      kursus  yang  dijalankan  di  Universiti  ini  kecuali
                                                      bagi  program  profesional  yang  ditadbir  oleh
                                                      badan profesional masing-masing.

                                               (ii)   Syarat  di  atas  boleh  dilonggarkan  dalam
                                                      keadaan  di  mana  Universiti  mempunyai
                                                      peraturan  khas  dengan  universiti  atau  institusi
                                                      lain,   misalnya    surat   persefahaman  atau
                                                      memorandum          persefahaman         mengenai
                                                      penerimaan  pelajar  dari  institusi  berkenaan  ke
                                                      Universiti  ini  untuk  meneruskan  program
                                                      pengajiannya.

                                       (c)     Keperluan tempoh minimum pengajian

                                               Pelajar  hendaklah  telah  menyempurnakan  tempoh
                                               minimum  pengajian  yang  ditetapkan  bagi  program
                                               pengajiannya  untuk  tujuan  pengijazahan  melainkan
                                               diperuntukkan  secara  khusus  di  bawah  peraturan
                                               4(2)(c) dan (d) Peraturan-Peraturan ini.

                                       (d)     Keperluan syarat Bahasa Malaysia

                                               Pelajar  bukan  warganegara  hendaklah  memenuhi
                                               keperluan  Bahasa  Malaysia  yang  ditetapkan  oleh
                                               Universiti.

                                (2)    Penganugerahan Ijazah

                                       (a)    Pelajar  boleh  dianugerahkan  ijazah  apabila  telah
                                              memenuhi  keperluan  program  pengajian  seperti  yang
                                              ditetapkan dalam subperaturan (1) di atas.

                                       (b)     Ijazah  yang  dianugerahkan  adalah  ijazah  kepujian
                                               berdasarkan  PNGK  terakhir.  Untuk  melayakkan
                                               dianugerahkan  ijazah  Lulus  Dengan  Kepujian  ini,
                                               pelajar  hendaklah  mencapai  PNGK  terakhir  tidak
                                               kurang daripada 2.00.

                                       (c)     Pelajar  layak  dianugerahkan  ijazah  Lulus  dengan
                                               Kepujian (Dengan Cemerlang) sekiranya-


                                                                67
   43   44   45   46   47   48   49   50   51   52   53