Page 43 - PERATURAN-PERATURAN UNIVERSITI MALAYA
P. 43
(c) Sakit semasa menduduki peperiksaan
Pelajar yang jatuh sakit semasa menduduki
peperiksaan hendaklah melaporkan kepada Ketua
Pengawas Peperiksaan atau mana-mana Pengawas
Peperiksaan yang harus menguruskan supaya pelajar
itu diperiksa dengan serta merta oleh Pengamal
Perubatan Berdaftar Klinik Kesihatan Pelajar Universiti.
Pelajar dikehendaki mengemukakan laporan Pengamal
Perubatan Berdaftar berkenaan dan/atau sijil cuti sakit
kepada Dekan Fakulti program pengajiannya tidak
lewat dari dua (2) hari bekerja dari tarikh kertas
peperiksaan terakhir pelajar tersebut.
(d) Keputusan peperiksaan
(i) Keputusan bagi semua peperiksaan Universiti
hendaklah dilaporkan untuk kelulusan Senat atau
mana-mana pihak yang diturunkan kuasa oleh
Senat.
(ii) Tarikh pengumuman rasmi adalah tarikh di mana
keputusan peperiksaan dimaklumkan kepada
pelajar oleh Seksyen Peperiksaan mengikut apa-
apa kaedah dan/atau saluran yang ditetapkan
oleh pihak Universiti.
(e) Kerahsiaan pengurusan pemarkahan
Semua urusan pemarkahan yang berkaitan dengan
keputusan peperiksaan adalah rahsia dan tidak boleh
dimaklumkan kepada mana-mana pelajar atau pihak
lain yang tidak berkenaan.
6. RAYUAN
(1) Rayuan Terhadap Keputusan Peperiksaan
(a) Pelajar yang tidak berpuas hati dengan keputusan
peperiksaan termasuk komponen penilaian berterusan
dan/atau peperiksaan akhir kursus boleh membuat
rayuan seperti di perenggan (b) di bawah untuk
keputusan tersebut disemak semula. Rayuan
hendaklah dibuat dalam tempoh dua minggu dari tarikh
pengumuman rasmi keputusan peperiksaan.
62