Page 39 - PERATURAN-PERATURAN UNIVERSITI MALAYA
P. 39
(11) Mempertingkatkan Prestasi Akademik
(a) Tertakluk kepada struktur program pengajian yang
diikuti oleh pelajar sebagaimana yang diluluskan oleh
Senat dan had tempoh pengajian maksimum, pelajar
yang telah lulus sesuatu kursus boleh memohon untuk
mempertingkatkan prestasi akademik seperti berikut:
(i) Mengulang kursus yang sama sekali sahaja dan
mata gred terbaik akan diambil kira bagi tujuan
pengiraan PNGK; dan/atau
(ii) Mengambil Kursus Elektif, Kursus Elektif Luar
Fakulti dan Kokurikulum lain sebagai tambahan
dan mata gred bagi kursus berkenaan
diambilkira secara kumulatif dalam pengiraan
PNGK.
(b) Pelajar yang telah memenuhi keperluan program
pengajian boleh memohon kepada Dekan Fakulti
program pengajiannya untuk menangguhkan
penganugerahan ijazah bagi tujuan mempertingkatkan
prestasi akademik dalam tempoh satu minggu selepas
tarikh pengumuman rasmi keputusan peperiksaan.
(c) Walau apapun yang diperuntukkan oleh perenggan (a)
dan (b) di atas, pelajar tidak dibenarkan untuk
mempertingkatkan gred dan/atau prestasi akademik
setelah Senat meluluskan penganugerahan ijazah
kepada pelajar.
(12) Pemeriksa-Pemeriksa
(a) Pemeriksa Dalam
(i) Fakulti boleh melantik guru sepenuh masa atau
sambilan Universiti menjadi Pemeriksa Dalam
untuk penilaian bagi sebarang aktiviti pengajaran
dan pembelajaran seperti yang ditetapkan oleh
Senat.
(ii) Sekiranya berlaku kecemasan, Dekan Fakulti
berkenaan boleh melantik Pemeriksa Dalam
dengan syarat bahawa pelantikan demikian
hendaklah dilaporkan kepada Fakulti secepat
mungkin.
58