Page 37 - PERATURAN-PERATURAN UNIVERSITI MALAYA
P. 37

(d)    Jawatankuasa  Pemeriksa  tidak  boleh  dalam  apa
                                               keadaan  sekalipun  mengambilkira  sebarang  rayuan
                                               bertulis  yang  dikemukakan  oleh  pelajar  setelah
                                               Jawatankuasa Pemeriksa membuat keputusannya.

                                        (e)    Walau  apapun  yang  dinyatakan  di  perenggan  (d)  di
                                               atas, sebarang rayuan bertulis hanya boleh diambilkira
                                               untuk tujuan mengkaji semula keputusan Jawatankuasa
                                               Pemeriksa  mengenai  penamatan  program  pengajian
                                               atau pengijazahan pelajar.

                                (8)    Peperiksaan Khas

                                       (a)     Selain  daripada  Peperiksaan  Khas  bagi  tujuan
                                               menggantikan      gred     I   yang     diluluskan    oleh
                                               Jawatankuasa  Pemeriksa,  Peperiksaan  Khas  bagi
                                               tujuan  lain  atau  bagi  keadaan  luar  biasa  hanya  akan
                                               diberi kepada pelajar tertakluk kepada kelulusan Senat.

                                       (b)     Bagi maksud perenggan (a) di atas, Peperiksaan Khas
                                               merujuk kepada-

                                               (i)    mana-mana  peperiksaan  akhir  yang  diadakan
                                                      selepas  tarikh  peperiksaan  asal  seperti  yang
                                                      ditetapkan  dalam  Jadual  Waktu  Peperiksaan;
                                                      dan/atau

                                               (ii)   sebarang bentuk penilaian lain yang bersesuaian
                                                      yang  diberi  kepada  pelajar  yang  cacat  fizikal
                                                      dan/atau tidak berupaya mengambil peperiksaan
                                                      atas  perakuan  Fakulti  bagi  menggantikan
                                                      peperiksaan yang ditetapkan.

                                        (c)    Sekiranya berlaku kecemasan, Naib Canselor setelah
                                               menimbangkan  perakuan  Dekan  Fakulti  berkenaan
                                               boleh    memberi      kebenaran      bagi   mengadakan
                                               Peperiksaan  Khas  tersebut  dan  ini  hendaklah
                                               dilaporkan kepada Senat secepat mungkin.

                                (9)    Penebusan Gred Kursus

                                       Pelajar  boleh  mengemukakan  permohonan  untuk  menebus
                                       gred  C-  bagi  mana-mana  kategori  kursus  tertakluk  kepada
                                       persetujuan Dekan Fakulti program pengajiannya dan syarat
                                       berikut:





                                                                56
   32   33   34   35   36   37   38   39   40   41   42