Page 33 - PERATURAN-PERATURAN UNIVERSITI MALAYA
P. 33

(iii)   Mana-mana  pelajar  yang  merayu  dan  diterima
                                                      masuk  semula  akan  ditamatkan  pengajiannya
                                                      sekiranya  memperoleh  PNG  kurang  daripada
                                                      2.00  pada  semester  di  mana  pelajar  tersebut
                                                      diterima  masuk  semula.  Pelajar  tersebut  juga
                                                      masih  tertakluk  kepada  syarat-syarat  seperti
                                                      yang dinyatakan di dalam perenggan (i) di atas.

                                       (h)     Anugerah Dekan

                                               (i)    Pelajar  yang  mencapai  PNG  3.70  dan  ke  atas
                                                      bagi  mana-mana  semester  dan  memenuhi
                                                      syarat-syarat  berikut  akan  diberi  Anugerah
                                                      Dekan bagi semester berkenaan:

                                                      (A)    Menyempurnakan         sekurang-kurangnya
                                                             15 kredit dalam semester berkenaan yang
                                                             mengandungi  minimum  empat  kursus,
                                                             tidak  termasuk  kursus  yang  kreditnya
                                                             tidak  diambilkira  dalam  pengiraan  kredit
                                                             kira;

                                                      (B)    Memperolehi tidak kurang daripada gred
                                                             C     bagi      semua      kursus      yang
                                                             disempurnakan         dalam        semester
                                                             berkenaan; dan

                                                      (C)    Tidak  pernah  mengulang  kursus  yang
                                                             gagal  dan/atau  mempertingkatkan  gred
                                                             kursus dalam semester berkenaan.

                                               (ii)   Pelajar  yang  memenuhi  syarat-syarat  dalam
                                                      perenggan  (i)  di  atas  tetapi  juga  memperolehi
                                                      gred I bagi mana-mana kursus dalam semester
                                                      berkenaan hanya  dipertimbangkan  untuk  diberi
                                                      Anugerah  Dekan  selepas  gred  I  berkenaan
                                                      ditukar kepada gred sebenar yang dicapai oleh
                                                      pelajar. Dalam keadaan ini, pelajar layak diberi
                                                      Anugerah  Dekan  secara  kebelakang  pada
                                                      semester berkenaan.

                                              (iii)   Walau  apapun  syarat  yang  ditetapkan  dalam
                                                     perenggan  (i)  di  atas,  pelajar  dalam  tempoh
                                                     pelanjutan pengajian tidak akan dipertimbangkan
                                                     untuk diberi Anugerah Dekan.




                                                                52
   28   29   30   31   32   33   34   35   36   37   38