Page 28 - PERATURAN-PERATURAN UNIVERSITI MALAYA
P. 28

(i)   (A) Gred I, boleh diberi apabila-

                                                          (aa)  Pelajar  tidak  mengambil  peperiksaan
                                                                 akhir    atas     sebab      perubatan/
                                                                 perikemanusiaan;dan/atau

                                                          (bb)    pelajar    belum    menyempurnakan
                                                                  sebahagian      daripada     keperluan
                                                                  kursus dalam sesuatu semester atas
                                                                  sebab  perubatan/perikemanusiaan
                                                                  atau  alasan  di  luar  kawalan  pelajar
                                                                  yang  diterima  oleh  Jawatankuasa
                                                                  Pemeriksa berkenaan.

                                                     (B)  Gred  I  yang  diberi  hendaklah  diuruskan
                                                          mengikut subperaturan (7) di bawah.

                                               (ii)   Gred  K,  diberi  bagi  kursus  yang  diluluskan
                                                      pemindahan kredit tanpa gred.

                                               (iii)   Gred  K1,  diberi  bagi  kursus  yang  diluluskan
                                                      pengecualian kursus.

                                               (iv)   Gred  P,  diberi  pada  semester  pertama
                                                      pendaftaran     bagi    kursus    progresif   yang
                                                      dijalankan dalam dua semester berturutan.

                                               (v)    Gred  R,  diberi  bagi  kursus  yang  diaudit  yang
                                                      memenuhi  syarat  minimum  80%  keperluan
                                                      kehadiran. Kredit tidak diberi untuk gred ini.

                                               (vi)   Gred UR, diberi bagi kursus yang diaudit yang
                                                      tidak memenuhi syarat minimum 80% keperluan
                                                      kehadiran. Kredit tidak diberi untuk gred ini.

                                               (vii)   Gred W, diberi bagi kursus di mana pelajar telah
                                                      menarik  diri  secara  rasmi  dari  satu  atau  lebih
                                                      kursus dalam sesuatu semester.

                                               (viii)  Gred  W1,  diberi  bagi  semua  kursus  apabila
                                                      pelajar  telah  menarik  diri  secara  rasmi  dari
                                                      semester.

                                               (ix)   Gred  W2,  diberi  bagi  semua  kursus  apabila
                                                      pelajar  telah  menarik  diri  secara  rasmi  dari
                                                      Universiti.




                                                                47
   23   24   25   26   27   28   29   30   31   32   33