Page 26 - PERATURAN-PERATURAN UNIVERSITI MALAYA
P. 26
5. PEPERIKSAAN
(1) Kebenaran Menduduki Peperiksaan
(a) Pelajar mestilah membawa Kad Pengenalan/Paspot
dan Kad Pendaftaran Pelajar untuk tujuan pengesahan
diri bagi menduduki sesuatu peperiksaan akhir kursus
yang didaftarkan.
(b) Seseorang pelajar boleh dihalang daripada menduduki
peperiksaan akhir kursus oleh Dekan Fakulti program
pengajiannya atas sebab-sebab yang ditentukan oleh
Fakulti. Fakulti bertanggungjawab untuk memaklumkan
kepada pelajar sebab-sebab yang boleh
mengakibatkan pelajar dihalang daripada menduduki
peperiksaan tidak lewat dari minggu kuliah ketiga.
Sekiranya pelajar dihalang daripada menduduki
peperiksaan akhir semester sesuatu kursus, Dekan
Fakulti berkenaan hendaklah memaklumkan secara
bertulis kepada pelajar berkenaan selewat-lewatnya
pada minggu kuliah keduabelas bagi Semester Biasa
dan minggu kuliah kelima bagi Semester Khas. Pelajar
diberi tempoh selama satu minggu dari tarikh surat
berkenaan untuk mengemukakan rayuan. Atas alasan
yang munasabah Dekan Fakulti boleh menarik balik
notis halangan menduduki peperiksaan. Keputusan
terhadap rayuan pelajar hendaklah dimuktamadkan
oleh Dekan Fakulti selewat-lewatnya pada minggu
kuliah keempatbelas bagi Semester Biasa dan minggu
kuliah ketujuh bagi Semester Khas.
(c) Pelajar yang dihalang daripada menduduki peperiksaan
akhir semester berkenaan untuk sesuatu kursus akan
dianggap gagal bagi komponen peperiksaan akhir
kursus berkenaan.
(2) Kaedah Penilaian Kursus
(a) Kaedah penilaian sesuatu kursus bergantung kepada
hasil pembelajaran dan kandungan kursus berkenaan.
Nisbah pemberatan penilaian sesuatu kursus akan
ditentukan oleh Fakulti dan diluluskan oleh Senat,
contohnya 40% penilaian berterusan, 60% peperiksaan
akhir atau 50% penilaian berterusan, 50% peperiksaan
akhir. Bagi maksud peraturan ini, penilaian berterusan
adalah termasuk ujian bertulis, ujian lisan, amali atau
45