Page 25 - PERATURAN-PERATURAN UNIVERSITI MALAYA
P. 25

(6)    Penilai Luar Program

                                       (a)    Penilai Luar Program hendaklah dilantik tidak melebihi
                                              dua  (2)  orang  bagi  setiap  program  pengajian  atas
                                              perakuan Fakulti berkenaan.

                                       (b)    Kelayakan

                                               (i)    Penilai  Luar  Program  hendaklah  dilantik  dari
                                                      kalangan  akademia  universiti  ternama  di  dunia
                                                      yang    berkelayakan,      berpengetahuan      dan
                                                      mempunyai kepakaran dalam program pengajian
                                                      berkenaan serta mempunyai pengalaman dalam
                                                      pentadbiran universiti.

                                               (ii)   Dalam  keadaan  tertentu,  pakar  dari  industri
                                                      dalam bidang pengajian berkenaan boleh dilantik
                                                      sebagai salah seorang Penilai Luar Program.

                                               (iii)   Bekas guru penuh masa Universiti boleh dilantik
                                                      sebagai  Penilai  Luar  Program  dengan  syarat
                                                      beliau:

                                                      (A)    mempunyai  kelayakan  pengalaman  dan
                                                             kepakaran  yang  relevan  dalam  program
                                                             pengajian berkenaan;

                                                      (B)    telah     meninggalkan        perkhidmatan
                                                             Universiti untuk tempoh tidak kurang lima
                                                             (5)  tahun  dari  tarikh  pelantikan  beliau
                                                             sebagai Penilai Luar Program; dan

                                                      (C)    sedang  mengajar  di  institusi  pendidikan
                                                             tinggi lain yang setaraf atau mengamalkan
                                                             pengkhususan       dalam     bidang    yang
                                                             berkaitan  dengan  program  pengajian
                                                             berkenaan.

                                               (iv)   Profesor  Emeritus  atau  Profesor  Adjung  yang
                                                      dilantik oleh Universiti Malaya tidak boleh dilantik
                                                      sebagai Penilai Luar Program.

                                        (c)    Tempoh Pelantikan

                                              Tempoh pelantikan Penilai Luar Program adalah selama
                                              empat (4) sesi akademik.




                                                                44
   20   21   22   23   24   25   26   27   28   29   30