Page 27 - PERATURAN-PERATURAN UNIVERSITI MALAYA
P. 27

penilaian praktikum, tugasan, projek, kuiz, dan apa-apa
                                               kaedah yang ditetapkan oleh Fakulti.

                                       (b)     Kursus  yang  berbentuk  praktikal  atau  projek  seperti
                                               Latihan Industri, Projek Ilmiah  atau Latihan Mengajar,
                                               boleh  dinilai  100%  berdasarkan  penilaian  berterusan
                                               sepanjang     tempoh      latihan    berkenaan,     tanpa
                                               peperiksaan.

                                       (c)     Pelajar hendaklah dimaklumkan keputusan komponen
                                               penilaian  berterusan  bagi  setiap  kursus  yang  diikuti.
                                               Pemakluman hendaklah dibuat secepat yang mungkin
                                               selepas selesai penilaian komponen berkenaan tetapi
                                               tidak  melewati  minggu  kuliah  kelima  belas  bagi
                                               Semester  Biasa  dan  minggu  kuliah  ketujuh  bagi
                                               Semester Khas.

                                (3)    Skim Penggredan

                                       (a)     Gred  rasmi  Universiti  serta  markah  dan  maksudnya
                                               adalah seperti berikut:


                                            Markah           Gred        Mata Gred          Maksud
                                             90-100            A+            4.0       Amat Cemerlang
                                             80-89             A             4.0       Cemerlang
                                             75-79             A-            3.7       Cemerlang

                                             70-74             B+            3.3       Kepujian
                                             65-69             B             3.0       Kepujian
                                             60-64             B-            2.7       Kepujian

                                             55-59             C+            2.3       Lulus
                                             50-54             C             2.0       Lulus

                                             45-49             C-            1.7       Gagal
                                             40-44             D+            1.3       Gagal
                                             35-39             D             1.0       Gagal
                                             00-34             F             0.0       Gagal


                                        (b)    Semua kursus hendaklah dinilai menggunakan Gred A+
                                               hingga F.

                                        (c)    Gred lulus bagi semua kursus adalah gred C.

                                        (d)    Selain daripada gred-gred seperti yang ditunjukkan di
                                               perenggan (a) di atas, gred-gred berikut boleh diberikan
                                               untuk sesuatu kursus:


                                                                46
   22   23   24   25   26   27   28   29   30   31   32