Page 29 - PERATURAN-PERATURAN UNIVERSITI MALAYA
P. 29

(4)    Pengurusan Markah dan Gred

                                        (a)    Markah  dan  gred  kursus  hendaklah  dibentangkan
                                               kepada  Jawatankuasa  Pemeriksa  dalam  tempoh
                                               seperti berikut:

                                               (i)    Semester  Biasa  -  tiga  minggu  dari  tarikh  akhir
                                                      peperiksaan.

                                               (ii)    Semester  Khas  -  satu  minggu  dari  tarikh  akhir
                                                      peperiksaan.

                                       (b)     Markah dan gred muktamad sesuatu kursus bagi setiap
                                               pelajar   adalah     seperti   yang     diluluskan    oleh
                                               Jawatankuasa Pemeriksa.

                                       (c)     Pendaftar  bertanggungjawab  menyimpan  rekod  rasmi
                                               pelajar dan mengeluarkan kepada setiap pelajar-

                                               (i)    keputusan  peperiksaan  semester  berkenaan;
                                                      dan

                                               (ii)   rekod akademik pelajar selepas tamat program
                                                      pengajiannya.

                                (5)    Penentuan Prestasi Akademik Pelajar

                                       (a)     Kaedah Pengiraan PNG dan PNGK

                                               (i)    Prestasi akademik pelajar bagi sesuatu semester
                                                      ditentukan  oleh  PNG  dan  PNGK.    PNG  dikira
                                                      dengan membahagikan jumlah mata gred yang
                                                      diperolehi  dengan  jumlah  kredit  yang  diambil
                                                      dalam sesuatu semester.

                                               (ii)   PNGK  dikira  dengan  membahagikan  jumlah
                                                      mata gred yang diperolehi dengan jumlah kredit
                                                      bagi  semua  kursus  yang  telah  diambil  mulai
                                                      semester pertama sehingga semester terkini.










                                                                48
   24   25   26   27   28   29   30   31   32   33   34