Page 31 - PERATURAN-PERATURAN UNIVERSITI MALAYA
P. 31

(v)    Walau     apapun     yang     dinyatakan     dalam
                                                      perenggan  (i)  hingga  (iv)  di  atas,  pengiraan
                                                      PNGK bagi pelajar yang mengulang kursus yang
                                                      gagal atau mempertingkatkan prestasi akademik
                                                      ditentukan seperti berikut:

                                                      (A)    Pelajar  yang  mengulang  kursus  yang
                                                             gagal, mata gred terbaik akan diambilkira;

                                                      (B)    Pelajar  yang  mempertingkatkan  prestasi
                                                             akademik  dengan  mengulang  kursus
                                                             yang  sama,  mata  gred  terbaik  akan
                                                             diambilkira; dan

                                                      (C)    Pelajar  yang  mempertingkatkan  prestasi
                                                             akademik  dengan  mengambil  Kursus
                                                             Elektif  tambahan,  mata  gred  akan
                                                             diambilkira secara kumulatif.

                                       (b)     Penentuan  PNG  dan  PNGK  berdasarkan  Kredit  Kira
                                               dan penyempurnaan pengijazahan berdasarkan Kredit
                                               Dapat adalah seperti dinyatakan dalam jadual berikut:

                                                                    Penentuan
                                                                 PNG dan PNGK         Penyempurnaan
                                            Gred
                                                                 Kredit    Kredit       Pengijazahan
                                                                 Dapat       Kira
                              A+ hingga C                          Ya         Ya              Ya

                              C- hingga F                        Tidak        Ya            Tidak

                              K                                    Ya       Tidak             Ya
                              I, P,  W, W1, W2, R, UR, K1        Tidak      Tidak           Tidak


                                       (c)     Kursus yang diberi gred I dan P tidak akan diberi kredit
                                               sehingga gred sebenar diperolehi bagi kursus tersebut
                                               pada semester yang berkenaan.

                                       (d)     Gred  kursus  bagi  pelajar  yang  dikenakan  tindakan
                                               tatatertib

                                               Di dalam keadaan di mana seseorang pelajar didapati
                                               bersalah dan dijatuhkan hukuman di bawah kaedah 6
                                               dan kaedah 8(a) hingga (d) Kaedah-Kaedah Universiti
                                               Malaya (Tatatertib Pelajar-Pelajar) 1999, markah sifar
                                               dengan  gred  F  akan  diberi  bagi  kursus  berkenaan
                                               seperti yang telah ditentukan oleh Senat.

                                                                50
   26   27   28   29   30   31   32   33   34   35   36