Page 32 - PERATURAN-PERATURAN UNIVERSITI MALAYA
P. 32

(e)     Keperluan minimum prestasi akademik

                                               Pelajar hendaklah memperolehi PNG dan PNGK tidak
                                               kurang daripada 2.00 pada setiap semester sehingga
                                               tamat pengajiannya.

                                        (f)    Tempoh Pemerhatian Akademik dan Amaran

                                               Mana-mana pelajar yang memperolehi PNG di bawah
                                               2.00  dalam  sesuatu  semester  akan  diberi  keputusan
                                               Pemerhatian bagi semester berkenaan dan diletakkan
                                               di  dalam  Tempoh  Pemerhatian  Akademik  dalam
                                               semester berikutnya yang pelajar mendaftar. Tempoh
                                               ini  akan  terus  kekal  sehingga  PNG  pelajar  tersebut
                                               mencapai  2.00.  Dekan  atau  Timbalan  Dekan  Fakulti
                                               program pengajian pelajar hendaklah memberi amaran
                                               kepada     pelajar    berkenaan      berhubung      status
                                               pemerhatiannya.

                                       (g)    Gagal dan Ditamatkan Pengajian

                                               (i)    Pelajar  boleh  ditamatkan  daripada  program
                                                      pengajiannya sekiranya-

                                                      (A)    sedang       berada      dalam      Tempoh
                                                             Pemerhatian  Akademik  dan  selepas  itu
                                                             mendapat  PNG  1.30  atau  kurang  untuk
                                                             dua semester berturut-turut;

                                                      (B)    memperoleh  PNG  kurang  daripada  2.00
                                                             untuk  empat semester berturut-turut;

                                                      (C)    memperoleh  gred  F  sebanyak  tiga  kali
                                                             atau lebih bagi kursus yang sama;

                                                      (D)    memperoleh PNGK kurang daripada 1.00
                                                             untuk  dua semester berturut-turut; atau

                                                      (E)    gagal     menyempurnakan          keperluan
                                                             program  pengajiannya  dalam  tempoh
                                                             maksimum yang ditetapkan.

                                               (ii)   Apabila seseorang pelajar ditamatkan daripada
                                                      program     pengajiannya,      notis   penamatan
                                                      hendaklah  dihantar  kepada  pelajar  oleh  Dekan
                                                      Fakulti di mana pelajar mendaftar untuk program
                                                      pengajiannya.




                                                                51
   27   28   29   30   31   32   33   34   35   36   37