Page 36 - PERATURAN-PERATURAN UNIVERSITI MALAYA
P. 36

di  atas,  satu  permohonan  bertulis  mestilah
                                                      dikemukakan  kepada  Dekan  Fakulti  program
                                                      pengajiannya       selewat-lewatnya       sebelum
                                                      peperiksaan  akhir  Universiti  bermula  dan
                                                      disertakan    dengan      dokumen      seperti    di
                                                      perenggan  (a)(ii)(A)  dan  (B)  bagi  alasan
                                                      perubatan/perikemanusiaan                      atau
                                                      mengemukakan  surat  pengesahan/sokongan
                                                      yang  berkenaan  bagi  alasan  di  luar  kawalan
                                                      pelajar.

                                               (ii)   Bagi  maksud  perenggan  (i)  di  atas,  pelajar
                                                      dikehendaki     menyempurnakan         sebahagian
                                                      keperluan  kursus  berkenaan  selewat-lewatnya
                                                      dalam      tempoh      satu    minggu      selepas
                                                      Jawatankuasa  Pemeriksa  yang  berkenaan
                                                      membuat keputusannya. Walau bagaimanapun,
                                                      dalam keadaan tertentu Dekan Fakulti program
                                                      pengajian      pelajar    boleh     membenarkan
                                                      penangguhan penyempurnaan keperluan kursus
                                                      berkenaan tidak melewati minggu kuliah kelima
                                                      belas bagi Semester Biasa berikutnya.

                                       (c)     Dalam  keadaan  di  mana  pelajar  diberi  gred  I  seperti
                                               yang  dinyatakan  di  dalam  di  subperaturan  (3)(d)(i)  di
                                               atas:

                                               (i)    Pelajar tidak dikenakan sebarang yuran;

                                               (ii)   Apabila pelajar lulus peperiksaan khas dan/atau
                                                      telah  menyempurnakan  sebahagian  keperluan
                                                      kursus  berkenaan,  gred  yang  diperolehi  akan
                                                      diberi bagi menggantikan gred I pada semester
                                                      di mana pelajar mendapat gred I tersebut.

                                               (iii)   Pelajar yang tidak mengambil Peperiksaan Khas
                                                      kursus  berkenaan  apabila  diadakan  dan/atau
                                                      menyempurnakan sebahagian keperluan kursus
                                                      berkenaan dalam tempoh yang ditetapkan, gred
                                                      I  untuk  kursus  tersebut  akan  dipinda  ke  gred
                                                      sebenar  berdasarkan  pencapaian  pelajar  bagi
                                                      komponen lain kursus berkenaan; dan

                                               (iv)   Pelajar  tidak  dibenarkan  mengulang  kursus
                                                      berkenaan  dalam  apa-apa  keadaan  sekalipun
                                                      sehingga gred I tersebut digugurkan.



                                                                55
   31   32   33   34   35   36   37   38   39   40   41