Page 41 - PERATURAN-PERATURAN UNIVERSITI MALAYA
P. 41

(gg)   Mana-mana orang lain seperti yang
                                                                    dilantik oleh Senat.

                                                      (B)    Sekiranya  berlaku  kecemasan,  Naib
                                                             Canselor  boleh  melantik  sesiapa  juga
                                                             sebagai  ahli  sesuatu  Jawatankuasa
                                                             Pemeriksa  kecuali  sepertimana  yang
                                                             diperuntukkan  sebaliknya  di  bawah
                                                             Peraturan-Peraturan ini.

                                                      (C)    Jika    Dekan      Fakulti    tidak   dapat
                                                             menjalankan       kewajipannya      sebagai
                                                             Pengerusi     Jawatankuasa      Pemeriksa,
                                                             Timbalan Dekan yang bertanggungjawab
                                                             untuk  urusan  Ijazah  Pertama  boleh
                                                             menjalankan  kewajipan  Dekan  Fakulti
                                                             sebagai       pengerusi      Jawatankuasa
                                                             Pemeriksa.

                                                      (D)    Pendaftar  atau  wakilnya  hendaklah
                                                             menjadi      Setiausaha      Jawatankuasa
                                                             Pemeriksa.

                                               (iii)   Kuasa Jawatankuasa Pemeriksa

                                                      (A)    Jawatankuasa  Pemeriksa  diberi  kuasa
                                                             oleh  Senat  untuk  menentukan  perkara-
                                                             perkara berikut:

                                                             (aa)  Status prestasi pelajar, sama ada:

                                                                    (AA)  lulus      dan      dibenarkan
                                                                            meneruskan  pengajian;

                                                                    (BB)  lulus         dan         layak
                                                                            dianugerahkan        ijazah;

                                                                    (CC)  gagal       dan     ditamatkan
                                                                            pengajian;

                                                                    (DD)  berada       dalam     Tempoh
                                                                            Pemerhatian              dan
                                                                            dibenarkan  meneruskan
                                                                            pengajian; atau

                                                                    (EE)  mendapat       gred    I   dan
                                                                            dibenarkan   mengambil
                                                                            Peperiksaan Khas.

                                                                60
   36   37   38   39   40   41   42   43   44   45   46