Page 44 - PERATURAN-PERATURAN UNIVERSITI MALAYA
P. 44
(b) Rayuan hendaklah dikemukakan kepada Dekan Fakulti
program pengajiannya dengan menggunakan borang
yang ditetapkan berserta dengan resit asal bayaran
yang ditetapkan untuk rayuan itu.
(c) Rayuan tidak akan dipertimbangkan sekiranya-
(i) dikemukakan selepas tempoh yang dinyatakan
dalam perenggan (a) di atas;
(ii) borang rayuan tidak diisi dengan lengkap;
dan/atau
(iii) tidak dikemukakan bersama-sama dengan resit
asal bayaran.
(d) Apabila sesuatu rayuan diterima, Dekan Fakulti
hendaklah melantik pemeriksa kedua bagi kursus
berkenaan. Pemeriksa asal dan pemeriksa kedua yang
dilantik hendaklah menyemak semula skrip jawapan
dan/atau mana-mana komponen penilaian bagi kursus
tersebut dan melaporkan hasil semakan semula kepada
Jawatankuasa Rayuan Fakulti.
(e) Jawatankuasa Rayuan Fakulti akan memutuskan sama
ada markah dan/atau gred pelajar tersebut dikekalkan
atau dipinda. Pemeriksa asal dan pemeriksa kedua
yang berkenaan boleh menghadiri mesyuarat
Jawatankuasa Rayuan Fakulti sekiranya diperlukan.
(f) Jawatankuasa Rayuan Fakulti hendaklah
memperakukan mana-mana pindaan markah dan/atau
gred pelajar kepada Jawatakuasa Pemeriksa untuk
kelulusan.
(2) Rayuan Pelanjutan Tempoh Pengajian
(a) Pelajar yang sedang berada dalam tempoh dua
semester terakhir pengajiannya tetapi masih belum
menyempurnakan keperluan pengijazahan bagi
program berkenaan boleh mengemukakan rayuan
untuk pelanjutan tempoh pengajian kepada Dekan
Fakulti program pengajiannya.
(b) Rayuan pelanjutan tempoh pengajian akan hanya
dipertimbangkan sekali sahaja oleh Jawatankuasa
Rayuan Fakulti. Tempoh pelanjutan maksimum yang
63