Page 38 - PERATURAN-PERATURAN UNIVERSITI MALAYA
P. 38

(a)      Permohonan untuk menebus gred C- hendaklah dibuat
                                                dalam masa satu minggu selepas tarikh pengumuman
                                                rasmi keputusan peperiksaan;

                                       (b)      Penebusan  kursus  ini  boleh  dibuat  melalui  tugasan,
                                                ujian  atau  kaedah-kaedah  penilaian  lain  yang
                                                ditetapkan oleh pemeriksa kursus berkenaan;

                                       (c)      Penebusan  adalah  terhad  untuk  satu  kursus  sahaja
                                                pada semester berkenaan;

                                       (d)      Kenaikan markah hanya diberi sekiranya pelajar dapat
                                                menyempurnakan  tugasan  dengan  memuaskan  dan
                                                disahkan oleh pemeriksa kursus berkenaan; dan

                                       (e)      Kursus tersebut boleh ditebus kepada gred C sahaja.

                                (10)   Mengulang Kursus Yang Gagal

                                       (a)     Pelajar  yang  gagal  mana-mana  Kursus  Universiti
                                               (kecuali  Kursus  Elektif  Luar  Fakulti  dan  Kokurikulum)
                                               dan Kursus Teras dikehendaki mengulang kursus yang
                                               sama  sehingga  mencapai  sekurang-kurangnya  gred
                                               lulus  tertakluk  kepada  had  tempoh  pengajian
                                               maksimum.  Mata  gred  terbaik  akan  diambilkira  bagi
                                               pengiraan PNGK.

                                       (b)     Pelajar yang gagal mana-mana Kursus Elektif, Kursus
                                               Elektif Luar Fakulti atau Kokurikulum boleh mengulang
                                               kursus yang sama atau mengambil kursus lain dalam
                                               kategori kursus yang sama sebagai ganti kursus yang
                                               gagal.

                                               Pengiraan PNGKnya adalah seperti berikut:

                                              (i)    Bagi pelajar yang mengulang kursus yang sama,
                                                     mata gred terbaik akan diambilkira; dan

                                               (ii)    Bagi pelajar yang mengambil kursus lain sebagai
                                                      ganti,  mata  gred  bagi  kursus  berkenaan
                                                      diambilkira secara kumulatif.

                                       (c)     Walau apapun yang dinyatakan dalam perenggan (a),
                                               (b) dan (c) di atas, sekiranya pelajar memperolehi gred
                                               F  sebanyak  tiga  kali  bagi  kursus  yang  sama,  pelajar
                                               akan  ditamatkan  daripada  program  pengajiannya  di
                                               Universiti.



                                                                57
   33   34   35   36   37   38   39   40   41   42   43