Page 34 - PERATURAN-PERATURAN UNIVERSITI MALAYA
P. 34
(6) Tidak Hadir Peperiksaan
Tertakluk kepada peruntukan yang ditetapkan di dalam
Peraturan-Peraturan ini, pelajar yang tidak hadir peperiksaan
akhir bagi mana-mana kursus hendaklah diberi markah sifar
bagi komponen peperiksaan akhir kursus berkenaan.
(7) Pengurusan Gred I
(a) Tidak hadir Peperiksaan Akhir
(i) Di mana pelajar tidak menghadiri sebahagian
atau keseluruhan peperiksaan atas sebab
perubatan atau atas sebab perikemanusiaan
iaitu ditimpa musibah atau kematian ibubapa
serta waris terdekat seperti penjaga, anak,
suami/isteri, adik beradik, datuk atau nenek
hendaklah mengemukakan permohonan bertulis
kepada Dekan Fakulti program pengajiannya
untuk kesnya dipertimbangkan oleh
Jawatankuasa Pemeriksa yang berkaitan. Dalam
keadaan ini, kesnya hendaklah diuruskan
mengikut perenggan (ii) di bawah. Sekiranya
tidak ada permohonan bertulis diterima, kes
hendaklah diuruskan mengikut subperaturan (6)
di atas.
(ii) Satu permohonan bertulis seperti yang tersebut
dalam perenggan (i) di atas mestilah
dikemukakan kepada Dekan Fakulti program
pengajiannya tidak lewat dari dua (2) hari bekerja
dari tarikh kertas terakhir peperiksaan pelajar itu.
Permohonan bertulis itu mestilah disertakan
dengan:-
(A) Sijil cuti sakit dan laporan doktor tentang
jenis penyakit dan keadaan kesihatan
pelajar yang dikeluarkan oleh Pengamal
Perubatan Berdaftar Klinik Kesihatan
Pelajar Universiti/hospital kerajaan/Pusat
Perubatan Universiti Malaya/Pusat
Perubatan Swasta sekiranya atas sebab
perubatan. Sijil cuti sakit dan laporan
doktor yang dikeluarkan oleh mana-mana
klinik swasta tidak akan dipertimbangkan;
atau
53