Page 24 - PERATURAN-PERATURAN UNIVERSITI MALAYA
P. 24
(j) Permohonan pemindahan kredit hendaklah
dikemukakan untuk pertimbangan Senat setelah
mendapat perakuan jawatankuasa khas yang
ditetapkan.
(k) Kursus yang telah diluluskan pemindahan kredit tidak
boleh ditarik balik oleh pelajar.
(l) Keputusan permohonan pemindahan kredit pelajar
akan dimaklumkan oleh Pendaftar/Dekan Fakulti
program pengajian.
(5) Pengecualian Kursus
(a) “Pengecualian Kursus” bermakna pengecualian
daripada mendaftar dan mengikuti sesuatu kursus yang
diberikan kepada seseorang pelajar berdasarkan
kepada kesetaraan kandungan kursus yang dipohon
dengan pembuktian pengetahuan dan kemahiran
pelajar.
(b) Permohonan pengecualian kursus hanya dibenarkan
bagi kategori Kursus Universiti dan Kursus Elektif
Fakulti.
(c) Pengecualian kursus tidak akan menyebabkan pelajar
mendapat kredit bagi kursus yang dikecualikan. Bagi
tujuan ini, kursus yang diluluskan untuk pengecualian
akan diberi gred K1.
(d) Sekiranya pengecualian kursus menyebabkan
keperluan kredit bergraduat program pengajian tidak
mencukupi, kursus yang dikecualikan hendaklah
digantikan dengan kursus lain dari tahap pengajian
yang sama.
(e) Permohonan pengecualian kursus hendaklah
dikemukakan kepada Dekan Fakulti program pengajian
yang akan mendapatkan perakuan jawatankuasa khas
yang ditetapkan. Permohonan yang diperaku hendaklah
dikemukakan untuk pertimbangan Senat.
(f) Keputusan permohonan pengecualian kursus pelajar
akan dimaklumkan oleh Pendaftar/Dekan Fakulti
program pengajian.
43