Page 34 - Volume_14
P. 34
Jurnal PPM: Journal of Malaysian Librarians
Vol. 14, 2020
ABSTRAK
Menurut IFLA School Library Guidelines 2015, seorang pustakawan sekolah
bertanggungjawab untuk ruang pembelajaran fizikal dan digital sekolah di mana
membaca, siasatan, penyelidikan, pemikiran, imaginasi dan kreativiti menjadi tumpuan
pengajaran dan pembelajaran. Di Malaysia, perpustakaan sekolah dikendali oleh guru
perpustakaan dan media, yang juga merupakan guru mata pelajaran, berkelayakan
akademik dan terlatih secara profesional dalam disiplin pendidikan. Mereka diberi
kepercayaan untuk merancang, mengurus dan membangunkan perpustakaan sekolah
untuk guru dan pelajar. Mereka juga mungkin mempunyai tanggungjawab mengajar
sepenuh masa. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk menyelidik minat dan keperluan guru
perpustakaan dan media serta pustakawan di Malaysia yang ingin melanjutkan
pelajaran ke peringkat ijazah sarjana kepustakawanan guru. Ini adalah penyelidikan
kuantitatif, mengguna reka bentuk penyelidikan deskriptif dan teknik penyelidikan
tinjauan. Tinjauan ini mengguna Google Form yang dikongsi melalui rangkaian media
sosial di kumpulan Guru Perpustakaan dan Media Malaysia dan kumpulan Facebook
Pustakawan Malaysia dari April hingga Mei 2019. Ia menerima 145 respons. Hasil
kajian jelas menunjukkan bahawa bidang kepustakawanan guru relevan dengan minat
responden. Kedua-dua guru perpustakaan dana media serta pustakawan berminat untuk
mengikuti dan mendaftar dalam program ijazah sarjana kepustakawanan guru. Mereka
mungkin memerlukan latihan kepustakawanan guru untuk melengkapkan diri dalam
menyediakan modal insan masa depan untuk IR 4.0. Program ini juga memberi aspek
pendidikan untuk pustakawan serta pengetahuan pedagogi yang menambah nilai
profesional mereka. Kajian ini mendapati satu jurang dan satu pasaran yang sangat
baru dan luas untuk digunakan kerana mungkin tidak ada sekolah perpustakaan
tempatan di institusi pendidikan tinggi yang menawarkan program ini. Oleh itu, kajian
ini mencadangkan kepada mana-mana sekolah perpustakaan tempatan di institusi
pengajian tinggi untuk menerima cadangan ini.
Kata Kunci: Perpustakaan sekolah; Pustakawan sekolah; Kepustakawanan guru; Guru
perpustakaan dan media; Malaysia
INTRODUCTION
Background
th
The history of the school library in Malaysia began as early as the 19 century when the
British introduced formal education here. In the early days, the books were stored in a
corner of the school and it was called "khutub khanah". There were books stored in a
box cupboard in every classroom. Once the collections expanded, they were kept in
30