Page 30 - Volume_14
P. 30

Jurnal PPM: Journal of Malaysian Librarians
               Vol. 14, 2020





















                        Gambar 7: Liputan akhbar tempatan mengenai UPSI Digital Library

               UPSI  dan  PTB  amnya  berpendapat  masyarakat  haruslah  diperlengkapkan  terlebih
               dahulu  dengan manfaat sesebuah PD menerusi pengenalan elemen fizikal sebelum
               migrasi sepenuhnya dilakukan. Dengan pengenalan UDL, pelajar  dan masyarakat
               setempat umumnya dapat diperkenalkan secara hands on apa itu sebenarnya UDL.

               Tatkala ada perpustakaan akademik di luar  sana telah mula berkira-kira untuk
               memperkenalkan konsep  digital  library secara 100%  tanpa bangunan dan  servis
               sepenuhnya dalam talian, perpustakaan UPSI  mengambil langkah berani dan drastik
               membangunkan UDL  yang  menjadi kebanggaan universiti.  . Konsep ini juga boleh
               disamakan dengan Apple Inc. yang turut mempunyai kedai fizikal di mana pengguna
               bukan sahaja boleh mencuba peranti kegemaran mereka,  tetapi turut mendapatkan
               nasihat teknikal sebelum meneruskan pembelian secara dalam talian.

               Dengan akses permulaan sebanyak 3 juta bahan digital menerusi UDLH, PTB juga kini
               sedang mempergiatkan usaha untuk meningkatkan koleksi digital dari segenap aspek.
               Penyerahan tesis dan disertasi turut dimulakan sebagai digital first secara self deposit
               mulai 2021 manakala perolehan e-buku turut digiatkan oleh Bahagian Teknikal di PTB.

               Menjelang 2025, PTB melalui UDL menyasarkan lebih daripada 5 juta bahan digital
               sedia diakses oleh warga UPSI tanpa limitasi geografi dan masa. Maka di dalam tempoh
               itu, UPSI mempunyai tugas mencabar untuk memastikan warganya bersedia pada tahap
               tertinggi. Sebelum tiba waktu itu, UDL adalah platform terbaik untuk mengetengahkan
               sumber elektronik yang disediakan oleh UPSI.


                                                     26
   25   26   27   28   29   30   31   32   33   34   35