Page 25 - Volume_14
P. 25

Jurnal PPM: Journal of Malaysian Librarians
                                                                                    Vol. 14, 2020

                   mempunyai storan tanpa had untuk PTB memuat naik e-buku milik sendiri yang boleh
                   menjadi penyumbang kepada aksesibiliti rangkaian bahan digital.

                   Selain daripada pemilihan penyedia e-buku, pihak PTB turut mempunyai akses kepada
                   buku sedia  ada menerusi langganan yang telah dimaktubkan sebelum ini seperti
                   menerusi penyedia perkhidmatan Taylor and Francis, Wiley dan Ebscohost. Pada masa
                   ini, PTB menerusi Bahagian Automasi telah menaik taraf perkhidmatan antara muka
                   EZproxy sedia ada dengan mengguna templat yang  dibangun sendiri dan diintegrasi
                   dengan portal pengguna sistem perpustakaan bersepadu (LMS) iaitu EKCMS.

                   Pembangunan aplikasi mudah alih telah diketepikan bagi memberi laluan pembangunan
                   untuk ‘apa-jua sistem operasi’. Maka dengan  itu, penumpuan telah diberi untuk
                   pembangunan laman berasaskan web yang boleh diakses menerusi protokol http dan
                   https. Dengan ini, PTB boleh outreach kepada lebih banyak peranti tanpa terhad kepada
                   Android dan iOS (serta  iPadOS) semata-mata. Pengguna hanya perlu  log  masuk  ke
                   dalam portal utama perpustakaan dengan akaun masing-masing dan seterusnya memilih
                   untuk mengguna UPSI Digital Library Hub (UDLH) yang dibangunkan.   UDLH
                   dibangunkan dengan pengujian keserasian terhadap semua jenis pelayar web dari yang
                   berasaskan peranti berskrin kecil sehinggalah kepada komputer desktop.
























                           Gambar 3: UDLH memudahkan pengguna mengakses semua sumber
                           langganan tanpa perlu memasukkan kata laluan di dalam premis UDL.


                                                        21
   20   21   22   23   24   25   26   27   28   29   30