Page 26 - Volume_14
P. 26

Jurnal PPM: Journal of Malaysian Librarians
               Vol. 14, 2020

               Pengawalan versi dan peningkat upayaan menerusi kaedah pembangunan web seperti ini
               mempunyai impak  yang baik. Semua pengguna akan  mendapat  versi terkini
               (Montecuollo, 2014)  berbanding pembangunan  aplikasi mudah alih yang lazimnya
               terdedah dengan kemungkinan pengguna tidak mengambil kisah  sama ada  perisian
               mereka dikemaskini atau tidak. Ini tidak bermakna aplikasi khusus untuk telefon pintar
               tidak mendatangkan impak yang baik. Cumanya, halangan-halangan teknikal di sebelah
               pengguna akhir penting untuk diatasi agar mereka dapat versi yang terkini seperti mana
               yang pembangun inginkan. Memahami hubungan halangan-halangan ini penting untuk
               memastikan integrasi pembelajaran  secara mudah alih dan kejayaan  untuk ekologi
               pembelajaran mudah alih (Khaddage et al., 2015) pada sesuatu persekitaran berasaskan
               pendidikan.

               Sehingga Mac 2021, UDLH menawarkan hampir tiga juta bahan akses digital yang sedia
               untuk dirujuk oleh pengguna perpustakaan. Ini merangkumi semua bahan yang
               dilanggan dan tesis serta disertasi dalaman UPSI.

               Modenisasi Ruang
               Modenisasi ruang di sini merujuk kepada kemasan atau reka bentuk ruang untuk tampak
               lebih moden dan kontemporari  bersesuaian dengan keperluan membangun sebuah PD.
               PKA  mempunyai  dua  aras,  dan  setiap  aras  telah  ditetapkan  modenisasi  yang  perlu
               dilakukan. Pemilihan perabot dilakukan tertumpu kepada perabot kekal iaitu integrasi
               dengan senibina sedia ada. Ruang-ruang yang ada akan dikekalkan dan tidak akan wujud
               sebarang pengubah suaian besar kerana ia akan memakan masa. Dengan kos yang diberi,
               ruang yang diberi keutamaan untuk didirikan perabot kekal adalah ruang sebelah kiri
               pintu masuk utama. Ianya disasarkan untuk dibangunkan sebagai platform bertingkat di
               mana pengguna dapat duduk secara santai di atas permukaan lantai berasaskan kayu.

               Seterusnya, ruang membaca terbuka dikekalkan dengan sedikit pengubahsuaian pada
               meja sedia ada yang dilengkapkan dengan kuasa elektrik. Seterusnya, beberapa kemasan
               dari  segi hamparan permaidani berasaskan rumput sintetik dan pengecatan semula
               beberapa elemen seni bina untuk lebih berpadanan antara perabot dan persekitaran.













                                                     22
   21   22   23   24   25   26   27   28   29   30   31