Page 22 - Volume_14
P. 22
Jurnal PPM: Journal of Malaysian Librarians
Vol. 14, 2020
dan memansuhkan terus elemen perpustakaan tradisional di PKA bagi membolehkan
segenap ruang dibangun secara menyeluruh dan mempunyai ruang untuk proses
penaiktarafan berterusan di masa akan datang.
Panel Interaktif
Panel interaktif dilihat sebagai entry point yang menarik di setiap pintu masuk pada
setiap lokasi yang berteraskan walk-in. Ianya menyediakan pelbagai bentuk info yang
dapat dimanfaat oleh pengunjung. Di dalam pengimplementasian cadangan, panel-panel
ini akan diletak di setiap lokasi strategik.
Terdapat banyak spesifikasi yang telah diperhalusi untuk panel ini. Namun, AJK
Teknikal pembangunan projek telah menetapkan bahawa ianya haruslah mengguna
sistem operasi Android dan mempunyai ruang storan yang memadai untuk
membolehkan ia berfungsi di bawah keadaan stabil untuk satu tempoh masa yang
panjang.
Kiosk di bawah jenama Viewsonic dengan nombor model EP5540 telah diberi
penekanan sewajarnya. Ianya terbukti berkesan dan dapat berfungsi dengan baik
berdasarkan testimoni pengguna sedia ada melalui kajian. Selain mudah diguna, ia juga
mempunyai fungsi file browser di mana PTB tidak akan mengguna pakai perisian yang
didatangkan bersama setiap panel ini, tetapi akan membangunkan sendiri dengan
antaramuka pengawal seliaan yang jauh lebih mudah.
Gambar 1: Viewsonic EP5540
18