Page 23 - Volume_14
P. 23
Jurnal PPM: Journal of Malaysian Librarians
Vol. 14, 2020
Terdapat tiga lokasi strategik yang telah ditetapkan. Proses seterusnya adalah
memastikan lokasi tersebut mendapat liputan rangkaian yang baik dan mempunyai akses
kepada sumber kuasa elektrik bagi tujuan pemasangan kelak.
Mengenai fungsi pula, menjelang pengoperasian, ianya mempunyai lima fungsi utama
iaitu:
a. Paparan video interaktif
b. Penunjuk aras dan servis / floor plan interaktif
c. Laman imbasan QR Code untuk akses servis tertentu seperti
WebOPAC dan lain-lain lagi
d. Maklumat pegawai-pegawai dan maklumat am UPSI Digital Library
e. Mod poster dalam format auto-scrollable
Dengan membangunkan sendiri antaramuka penyediaan maklumat bagi panel-panel ini,
PTB tidak bergantung kepada limitasi fungsi yang disediakan oleh pihak Viewsonic
selain dapat menjimatkan kos jangkamasa panjang. Pe
Ruang Membaca Tablet
Ruang membaca tablet diwujudkan untuk dua objektif iaitu:
a. Menyedia one stop access untuk semua bahan digital tanpa perlu
pengguna log masuk ke dalam akaun perpustakaan masing-masing,
dan
b. Menyedia alat bantuan pembelajaran untuk diguna oleh para pelajar.
Sebanyak 12 unit tablet disediakan untuk maksud ini di ruang yang telah ditetapkan.
Dari segi pemilihan tablet pula, AJK Teknikal telah menetapkan bahawa tablet Apple
iPad adalah yang terbaik dari segi keselamatan, reliabiliti penggunaan dan juga mudah
diguna. Model yang dipilih adalah Apple iPad generasi ke lapan bersaiz 10.2 inci. Sistem
pengoperasian iPadOS yang ditawarkan menyokong banyak aplikasi yang lebih kemas
dan baik berbanding Android.
Ruang membaca tablet telah ditetapkan di sebelah kiri ruang masuk ke PKA dan
mengguna konsep platform lepak-santai tanpa penggunaan kerusi atau meja. Tablet-
tablet pula diletakkan mengguna iPad stand yang turut menyedia kabel bekalan kuasa
sendiri dan fungsi anti-kecurian.
19