Page 20 - Volume_14
P. 20

Jurnal PPM: Journal of Malaysian Librarians
               Vol. 14, 2020

               Apa-apa pun takrifan mengenainya, ianya boleh didefinisikan dengan mudah seperti
               berikut, iaitu perpustakaan yang menyediakan:
                   a.  akses kepada koleksi kandungan digital secara  sistematik  manakala
                      koleksi bercetak boleh diinformasikan dengan tepat secara dalam talian,
                   b.  proses sirkulasi terhadap kedua-dua format bahan boleh dilakukan
                      dengan mudah di mana-mana jua dengan kaedah yang bersesuaian,
                   c.  personel yang  mahir di  dalam  mengendali urusan pentadbiran dan
                      pengurusan perpustakaan secara dalam talian; dan
                   d.  servis dengan memberi penekanan kepada aspek dalam talian di samping
                      memudahkan proses konvensional  sesebuah perpustakaan tradisional
                      melalui pengaplikasian kaedah moden.

               Takrifan di atas bukanlah kesimpulan. Ianya lebih kepada mengambil contoh sistem
               perbankan. Bank digital sepenuhnya merujuk kepada pembukaan akaun dan transaksi
               perkhidmatan sepenuhnya menerusi penggunaan medium  internet  ataupun aplikasi.
               Namun, di bawah pengoperasian pada waktu ini dan juga kekangan kesediaan rakyat
               Malaysia, bank-bank juga  menyediakan  brick-and-mortar  mereka bagi mengendali
               urusan penyeliaan  akaun dan lain-lain perkhidmatan yang bersifat ‘memerlu
               pengesahan’ seperti urusan pinjaman dan pengeluaran wang tunai melalui mesin-mesin
               ATM.

               UPSI DIGITAL LIBRARY
               Pada tahun 2019, Perpustakaan Tuanku Bainun (PTB), Universiti Pendidikan Sultan
               Idris (UPSI) mula merancang untuk membangun sebuah prasarana perpustakaan digital
               (PD) dengan mengambil kira elemen-elemen  yang diperoleh semasa lawatan sambil
               belajar ke Penang Digital Library.

               Lawatan yang diadakan pada awal tahun 2020 disertai oleh hampir 14 orang pustakawan
               serta pegawai teknologi maklumat dan lain-lain personel dari semua peringkat jabatan
               telah membuka ruang kepada UPSI untuk mula mencorak definisi PD mereka sendiri.
               Dengan  mengambil Penang Digital Library  sebagai model, UPSI telah  merancang
               pendekatan untuk mewujudkan prasarananya terlebih dahulu kerana pada ketika itu PTB
               telah mempunyai ruang di Kampus Sultan Azlan Shah (KSAS), Bandar Proton setinggi
               dua tingkat yang boleh diguna untuk pembangunan sebuah PD.

               Penang Digital Library mengilhamkan  keadaan di mana ianya memberi 100% akses
               kepada kandungan digital termasuk bahan bacaan secara dalam premis (on-site). Tiada
               bahan bercetak disediakan kepada pelanggan yang memerlukannya. Untuk itu, pengguna
               harus menuju ke Penang Public Library yang menyediakan akses kepada bahan bercetak.

                                                     16
   15   16   17   18   19   20   21   22   23   24   25