Page 24 - Volume_14
P. 24

Jurnal PPM: Journal of Malaysian Librarians
               Vol. 14, 2020































                                      Gambar 2: Ruang Membaca Tablet

               Pembangunan ruang membaca tablet ini mengambil inspirasi di mana pelajar disasarkan
               lebih bersantai di dalam melakukan pembacaan menerusi iPad. Pencahayaan juga adalah
               disasarkan lebih baik kerana ruang sebelah kiri berhadapan tingkap kaca besar yang
               mendapat sinaran matahari yang lebih baik pada waktu pagi dan tengahari selain berlatar
               belakang ruang hadapan kompleks bangunan akademik. Pemantauan daripada kaunter
               utama juga dapat dilakukan dengan mudah di ruang ini.

               Penyediaan E-buku dan Kandungan Digital
               Seterusnya pihak PTB turut meletakkan keutamaan akses kepada  e-buku  di  dalam
               pembangunan UDL ini. Hanya terdapat dua penyedia perkhidmatan yang diberi
               perhatian iaitu  E-Sentral dan  OverDrive. Kedua-duanya mempunyai akses kepada
               liputan e-buku  yang baik dan proses generalisasi spesifikasi telah dilakukan bagi
               membolehkan kedua-dua penyedia perkhidmatan ini mematuhi keperluan yang
               diutamakan oleh PTB iaitu akses secara diintegrasi dengan sistem perpustakaan sedia
               ada dan mempunyai antara  muka yang  memudahkan pengguna.  Setelah projek
               dianugerahkan, pihak PTB telah memilih OverDrive di atas faktor ianya mempunyai
               kelebihan untuk diintegrasi dengan sistem perpustakaan EKCMS. Di samping itu, ia


                                                     20
   19   20   21   22   23   24   25   26   27   28   29