Page 19 - Volume_14
P. 19
Jurnal PPM: Journal of Malaysian Librarians
Vol. 14, 2020
PEMBANGUNAN UPSI DIGITAL LIBRARY:
PERSPEKTIF PEMBANGUN DAN PERANCANG
Khairul Asyrani Sulaiman
Perpustakaan Tuanku Bainun
Universiti Pendidikan Sultan Idris
39500 Tanjong Malim
asyrani@upsi.edu.my
ABSTRAK
Terdapat pelbagai definasi bagi perpustakaan digital dan pada waktu yang sama,
banyak perpustakaan telah mewujudkan perpustakaan digital. Perpustakaan Tuanku
Bainun telah mula merancang untuk membangunkan sebuah prasarana perpustakaan
digital pada 2019. UPSI Digital Library or UDL telah disiapkan sepenuhnya menjelang
akhir tahun 2020 dan dibuka secara kepada pengguna perpustakaan mengikut prosedur
operasi standard era pandemik COVID-19.
Kata Kunci: Perpustakaan digital; Perpustakaan universiti; UPSI; Perancangan dan
pembangunan
ABSTRACT
There are various definitions for digital libraries and at the same time, many libraries
have created digital libraries. The Tuanku Bainun Library has started planning to
develop a digital library infrastructure in 2019. The UPSI Digital Library or UDL was
fully completed by the end of 2020 and it opened to library users in accordance with the
standard operating procedures of the COVID-19 pandemic era.
Keywords: Digital library; University library; UPSI; Planning and development
PENGENALAN
Perpustakaan Digital boleh membawa kepelbagaian maksud dari segi implementasi. Ada
sesetengahnya merujuk kepada laman internet yang menumpukan kepada penghasilan
dan pemuliharaan koleksi buku elektronik dan lain-lain jenis bahan tanpa memerlukan
pengguna akhir membeli bahan yang mereka perlukan (Cordón-García at el., 2013).
Manakala ada juga yang merujuk kepada perpustakaan yang turut merangkumi kedua-
dua bahan elektronik dan bahan cetak berasaskan kertas (Cleveland, 1998).
15