Page 21 - Volume_14
P. 21

Jurnal PPM: Journal of Malaysian Librarians
                                                                                    Vol. 14, 2020

                   Oleh kerana PTB telah pun beroperasi sebagai perpustakaan hibrid sejak 2007, pihak
                   pengurusan PTB pada ketika itu di bawah kepimpinan Ketua Pustakawan, Puan Siti
                   Sumaizan  Ramly,  telah mencadangkan untuk membangun sepenuhnya Perpustakaan
                   Cawangan di KSAS sebagai sebuah PD. Kerja-kerja rancangan pembangunan dipergiat
                   mulai Februari 2020 dan ianya telah mendapat kelulusan pada Jun 2020 dengan sejumlah
                   peruntukan yang telah diperoleh sebelum itu sekitar Mei 2020. Perpustakaan tersebut
                   yang pada awalnya dikenali sebagai Perpustakaan Kompleks Akademik (PKA) telah
                   diluluskan untuk dibangun sebagai sebuah PD moden dan kontemporari.

                   UPSI Digital Library (UDL) adalah nama yang diberi di mana ianya akan dibangun bagi
                   menepati keperluan pengguna era Pendidikan 4.0 yang berteraskan maklumat dalam
                   talian. UDL akan menjadi satu-satunya perpustakaan digital terawal di universiti awam
                   dan di Perak. Kandungan maklumat yang disediakan dalam UDL merangkumi pelbagai
                   bidang akademik secara ilmiah serta pembacaan ringan  dan ianya bertindak sebagai
                   sebuah pusat sehenti ilmu pengetahuan. Ini adalah untuk menyokong budaya membaca
                   generasi millenials  dan pembelajaran sepanjang hayat.

                   Fungsi dan Matlamat UDL
                   Di bawah pelan asal pembangunan UDL, terdapat tiga rasional pembangunannya:
                       a.  mewujudkan  perpustakaan  digital  sepenuhnya di  PKA  dengan
                          menyedia akses kepada maklumat dalam talian dan modenisasi ruang,
                       b.  menyedia platform  maklumat dan fasiliti yang berkesan di PKA
                          selaras dengan kepelbagaian teknologi terkini di pasaran seperti smart
                          touch panel, information kiosk, audio books, tablet reading area dan
                          sebagainya, dan
                       c.  membudaya warga UPSI, masyarakat dan negara untuk mengakses
                          maklumat secara dalam talian di mana sahaja dan pada bila-bila masa.

                   Cadangan projek ini merangkumi empat elemen utama  yang diberi perhatian  jelas
                   semasa penulisan kertas cadangannya:
                       a.  panel-panel interaktif di setiap lokasi strategik,
                       b.  ruang membaca tablet,
                       c.  penyediaan e-buku dan kandungan digital, dan
                       d.  modenisasi ruang

                   Keempat-empat elemen ini diperhalusi secara bersama oleh tiga orang ahli jawatankuasa
                   teknikal dan tiga orang ahli jawatankuasa kewangan yang turut mendapat input dari
                   semua pustakawan di PTB. Hasil daripada proses teknikal yang telah  dilaksanakan,
                   perkara awal yang dilakukan adalah membawa keluar rak-rak buku sedia ada di PKA

                                                        17
   16   17   18   19   20   21   22   23   24   25   26