Page 31 - Volume_14
P. 31
Jurnal PPM: Journal of Malaysian Librarians
Vol. 14, 2020
Pembangunan lanjutan UDL ini akan diteruskan lagi pada tahun 2021 dan seterusnya
dengan beberapa elemen telah difikirkan untuk dibangunkan seperti:
a. Ruang in-door kafeteria berasaskan sebuah coffee house.
b. Pembangunan 2 bilik perbincangan di aras 1 yang mesra pelajar.
c. Perolehan dan tambahan perabot dalaman tambahan.
Dengan pengenalan elemen-elemen lebih santai yang diharapkan ini, ianya memberikan
ruang dan peluang untuk UPSI mula mengorak langkah untuk menyediakan prasarana
terbaik kepada pengunjung sekaligus menjadi pemangkin untuk mereka mula
menggunakan bahan bacaan digital sepenuhnya.
Di masa akan datang, UDL akan juga mengorak langkah untuk menjadi sebuah Smart
Library yang mana elemen-elemen digital baharu seperti kepintaran buatan (AI) dan
pembelajaran mesin (machine learning) akan diterapkan di dalam proses penyampaian
dan penyediaan bahan bacaan berkualiti kepada pengguna. Ini selaras dengan
menyokong Blueprint Education Malaysia yang dihasilkan untuk pengajian tinggi bagi
tempoh 2015-2025 yang turut menyatakan penggunaan inovasi dalam segenap aspek
berasaskan teknologi terkini untuk merangkumi pengajaran dan pembelajaran kepada
semua pelajar.
Penumpuan seterusnya terhadap membangunkan Smart Library ini juga bertepatan
dengan keperluan untuk menyokong inisiatif Smart Campus UPSI yang sedang giat
dilaksanakan dari segala aspek. Pelaksanaan ini juga sebagai tanda perancangan
mendalam pihak pengurusan PTB masa kini yang bersedia untuk menjajarkan
pembangunan koleksi dan perkhidmatan perpustakaan berkualiti selaras dengan
perancangan strategik UPSI dan negara Malaysia di dalam menjayakan pelan Blueprint
Education Malaysia yang dinyatakan.
PENUTUP
Tentunya, ada pihak akan berpandangan adalah lebih baik UPSI melaburkan wang untuk
pembangunan UDL ini kepada pengenalan sepenuhnya servis digital seperti membeli e-
buku dan lain-lain sumber digital yang ada di pasaran. Tidak dinafikan itu yang terbaik,
tetapi demografik warga UPSI pada ketika artikel ini ditulis masih lagi perlu diterapkan
amalan digital first sebelum boleh memulakan lonjakan (making the jump) ke arah
digital sepenuhnya. Bagi UPSI, ini memerlukan masa dan keyakinan, kerana ada warga
bakal pendidik yang agak berusia dan terlebih dahulu terdedah dengan aspek kognitif
secara personal touch.
27