Page 4 - Buku Panduan Ijazah Tinggi
P. 4

KATA ALU-ALUAN
                                               PENGARAH
                                        AKADEMI PENGAJIAN MELAYU
                                            UNIVERSITI MALAYA


                                     Tetamu tiba cuaca pun redup,
                                  Senang bersantai di dalam taman;
                                   Ilmu pengetahuan pelita hidup,
                                  Menerang jalan sepanjang zaman.





            Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh dan salam sejahtera,
            Pertama  sekali  saya  ingin  mengucapkan  tahniah  dan  selamat  datang  kepada  pelajar  baharu  yang
            berjaya  diterima sebagai pelajar  di  Universiti  Malaya.  Syabas  juga  diucapkan kepada  anda  kerana
            memilih Akademi Pengajian Melayu (APM) sebagai bidang yang ingin diceburi.  APM mengalu-alukan
            kedatangan semua pelajar dengan hati yang gembira. APM sentiasa menggalakkan para pelajar untuk
            berusaha dengan lebih giat bagi memastikan bidang ilmu yang dipelajari dapat dikuasai sebaiknya.
            Penglibatan  para  pelajar  dalam  aktiviti  pembangunan  diri  sangat  penting,  terutamanya    bagi
            mempersiapkan diri sebagai peneraju masa hadapan sama ada untuk kerjaya mahupun kehidupan.

            Buku panduan ini juga merupakan sumber rujukan penting untuk pelajar memahami struktur program
            pengajian. Buku ini juga dapat membantu pelajar membuat perancangan rapi dan memilih subjek yang
            sesuai dengan minat serta pemilihan kerjaya pada masa hadapan. Kesemua subjek dan kursus yang
            dimuatkan  dalam  buku  ini  disertakan  dengan  huraian  ringkas.  Hal  ini  bertujuan  agar  para  pelajar
            mendapat gambaran ilmu yang bakal dipelajari.  Nama pensyarah dan e-mel juga dimasukkan dalam
            buku ini. Ini dapat memudahkan para pelajar mencari maklumat serta bertanya kursus-kursus yang
            kendalikan oleh pensyarah berdasarkan jabatan masing-masing.  Selain itu, staf sokongan dan staf
            pentadbiran  juga  sedia  membantu  dan  memberi  maklumat  berkaitan  dengan  pengajian  serta
            penawaran kursus dalam setiap program.

            Akhir kata,  gunakan  peluang dan masa  yang  diperuntukkan  ini  bagi  menamatkan pengajian  dalam
            tempoh yang ditetapkan. Rancanglah setiap semester  dengan sebaik mungkin  supaya para pelajar
            tidak menghadapi sebarang masalah sepanjang pengajian berlangsung. Kami sebagai pensyarah dan
            staf  di  Akademi  Pengajian  Melayu,  sentiasa  mendoakan  agar  semua  pelajar  akan  berjaya  dengan
            cemerlang dengan penuh kebanggan. Kejayaan cemerlang  para pelajar bukan sahaja menjadi harapan
            kami di APM tetapi juga harapan ibu bapa yang sanggup berkorban untuk menghantar para pelajar ke
            menara gading.

            “Harga diri dan ketinggian darjat manusia adalah ilmu pengetahuan dan kebijaksanaan. Orang-orang
            bijaksana  adalah  cahaya  yang  menerangi    segenap  kebenaran.  Dalam  ilmu  pengetahuan  terletak
            kesempatan  manusia  untuk  keabadian.    Manusia  tetap  akan  mati,  tetapi  kebijaksanaan  dan  ilmu
            pengetahuan akan kekal abadi.” – Saidina Ali bin Abu Talib ra)

            ILMU PELITA HIDUP





            PROFESOR MADYA DR. SABZALI MUSA KAHN
            Pengarah
            Akademi Pengajian Melayu

                                                    3
   1   2   3   4   5   6   7   8   9