Page 8 - Buku Panduan Ijazah Tinggi
P. 8
JABATAN-JABATAN AKADEMIK, AKADEMI PENGAJIAN MELAYU
Pada masa ini terdapat empat Jabatan Akademik yang mengendalikan kursus-kursus pada peringkat
Ijazah Dasar dan Ijazah Tinggi, iaitu:
1. Jabatan Bahasa Melayu
2. Jabatan Kesusasteraan Melayu
3. Jabatan Linguistik Melayu
4. Jabatan Sosio-Budaya / Kesenian Melayu
1. Jabatan Bahasa Melayu
Jabatan Bahasa Melayu menyediakan kursus yang lebih menumpukan pengajian kepada korpus
bahasa Melayu baku. Antara kursus yang ditawarkan ialah Tatabahasa, Bahasa Melayu Lisan,
Stilistik, Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu, Kosa Kata dan Peristilahan, Laras, Semantik,
Analisis Wacana, Pengajaran, Leksikografi, Kesantunan, Dialektologi, Retorik, Bahasa Melayu dan
Multimedia, Sistem Ejaan Jawi, Bahasa Melayu Profesional, Penterjemahan Bahasa Melayu,
Pemerolehan Bahasa Melayu, Geolinguistik Melayu, dan Bahasa Melayu Tinggi.
2. Jabatan Kesusasteraan Melayu
Jabatan Kesusasteraan Melayu menumpukan pengajian kepada teori dan praktikal kepada tiga
jurusan utama, iaitu sastera teras dan pengajaran, sastera pengurusan dan pemasaran sastera;
dan sastera kreatif dan penyuntingan sastera. Pemahaman dan penguasaan terhadap Sejarah
Kesusasteraan Melayu, Teori Sastera, Kritikan Sastera dan genre - genre sastera sama ada
sastera tradisional mahupun sastera moden diberikan penekanan. Di samping itu, penumpuan juga
turut diberikan kepada kursus-kursus yang bersifat praktikal dan profesionalisme seperti
Pengurusan dan Pemasaran Sastera, Penyuntingan Sastera, Pengajaran dan Penilaian Sastera,
Penulisan Kreatif dan Sastera dan Undang-Undang. Jabatan juga telah menambah kursus-kursus
baharu sesuai dengan kehendak pasaran masa kini seperti Kesusasteraan Komunikatif,
Penerbitan Kesusasteraan, Penulisan Kesusasteraan Kanak-Kanak, Penulisan Kesusasteraan
Remaja, Kesusasteraan dalam Pendidikan, Penulisan Kreatif Puisi, Penulisan Kreatif Prosa,
Kesusasteraan Elektronik dan Pengantar Kesusasteraan Dunia.
7