Page 9 - Buku Panduan Ijazah Tinggi
P. 9

3.  Jabatan Linguistik Melayu

                Jabatan Linguistik Melayu menumpukan pengajian kepada disiplin linguistik global dan linguistik
                am.  Pengajian di Jabatan  Linguistik  Melayu  tidak  terhad  kepada ilmu  dalam  linguistik Melayu
                sahajatetapi  juga  mencakupi  bahasa-bahasa  Austronesia  terutamanya  Alam  Melayu.  Bidang-
                bidang yang ditekankan seperti sejarah linguistik, fonetik, fonologi, morfologi, sintaksis, semantik,
                pragmatik,  sosiolinguistik,  dialektologi,  leksikologi  dan  psikolinguistik.  Kekuatan  pada  Program
                Sarjana Muda Linguistik Melayu adalah pada kursus-kursus yang mengikut pasaran semasa dan
                terkini berkait dengan teknologi komputer seperti linguistik korpus, linguistik berkomputer, fonetik
                akustik,  fonetik  forensik,  terjemahan,  geolinguistik serta  aplikasi  linguistik  dalam pembelajaran
                bahasa.

            4.  Jabatan Sosio-Budaya / Kesenian Melayu

               Sosio-Budaya  Melayu  menumpukan  pengajian  kepada  masyarakat  dan  budaya  Melayu,  iaitu
               tentang  Etnografi  Melayu,  Teori  Kajian  Masyarakat  dan  Budaya,  Kekeluargaan,  Agama  dan
               Kepercayaan, Perubatan dan Kesihatan, Hukum Adat, Pemikiran Masyarakat Melayu dalam Era
               Globalisasi,  Budaya  Popular  Melayu,  Seni,  Budaya  dan  Warisan  Melayu,  Politik  dan  Ekonomi
               Melayu, Identiti Melayu, Gender, Masyarakat dan Budaya, Organisasi dan proses-proses sosial,
               hubungan etnik dan warga tua dalam masyarakat Melayu.

               Kesenian  Melayu  menumpukan  pengajian  kepada  aspek  teoretis  dan  pragmatis  dalam  bidang
               kesenian dengan penumpuan kepada penjurusan Kesenian Integrasi dan Seni Visual & Media
               Kreatif.  Kesenian  Integrasi  mengutamakan  aspek  seni  persembahan  Melayu  dan  hal-hal  yang
               berkaitan  dengan  proses  kreatif,  kemahiran,  teknologi  visual  dan  audio  serta  aspek-aspek
               pengurusan kesenian. Seni Visual & Media Kreatif pula menjurus kepada aspek-aspek seni visual
               tradisi,  moden  dan  kreatif  khasnya  yang  bernilai  estetik,  berkemahiran,  berdaya  usaha  sama,
               berasaskan praktik pengurusan dan kemajuan media kreatif dalam perkembangan semasa seni
               visual.










                                                    8
   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14