Page 21 - Bulletin_APM_Jul_Ogos2025
P. 21

PENGAJIAN MELAYU MERENTASI DISIPLIN ILMU



                      SEMINAR SERUMPUN UNIVERSITAS NEGERI
                  SEMARANG DAN AKADEMI PENGAJIAN MELAYU



            19 Julai 2025 - Menjulang Kerjasama Akademik Serantau: APM dan
            UNNES kukuhkan jalinan ilmu melalui SERUMPUN. Kerjasama
            strategik ini antara Akademi Pengajian Melayu (APM), Universiti
            Malaya dan Sekolah Pascasarjana, Universitas Negeri Semarang
            (UNNES), Indonesia telah direalisasikan menerusi Seminar Rumpun
            Melayu Peradaban Uniti Nusantara (SERUMPUN). Program ini
            dianjurkan bersama Pusat Kajian Kecemerlangan Melayu (PKKM) dan
            berlangsung di Perpustakaan Pengajian Melayu, APM. Kerjasama ini
            membuktikan iltizam kedua-dua institusi dalam memperkukuh jaringan
            akademik dan budaya serumpun. Seminar ini menjadi platform
            intelektual yang mempertemukan pemikir, sarjana dan mahasiswa dari
            kedua-dua negara bagi membincangkan wacana tamadun dan warisan
            Melayu dalam konteks Nusantara moden. Dengan kehadiran 167
            mahasiswa dan 6 pensyarah dari UNNES, program ini telah mencipta
            ruang apresiasi bersama terhadap kekayaan budaya Melayu, serta
            memperteguh kerjasama rentas negara demi kelestarian ilmu dan
            identiti serumpun. Semoga sinergi antara APM dan UNNES ini terus
            berkembang sebagai pemangkin kepada kecemerlangan akademik
            dan pemartabatan tamadun Melayu di rantau Asia Tenggara dan
            seterusnya di pentas dunia.































































                                                                                                  21
   16   17   18   19   20   21   22   23   24   25   26