Page 23 - Bulletin_APM_Jul_Ogos2025
P. 23
PENGAJIAN MELAYU MERENTASI DISIPLIN ILMU
KUNJUNGAN HORMAT NAIB CANSELOR UM KE
TYT YANG DI-PERTUA NEGERI MELAKA
22 Julai 2025 - Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya
merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan kepada YBhg.
Profesor Dato’ Seri Ir. Dr. Noor Azuan Abu Osman, Naib Canselor
Universiti Malaya atas kunjungan hormat kepada TYT Tun Seri Setia
Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka.
Turut hadir Prof. Madya Dr. Salinah binti Ja'afar, Pensyarah Kanan
APM dan Encik Saifulzaman bin Zahariman, Pegawai Khas kepada
Naib Canselor. Semoga kunjungan ini memperkukuh hubungan
strategik antara Universiti Malaya dan Negeri Melaka dalam pelbagai
bidang demi kesejahteraan masyarakat dan negara.
23

