Page 28 - Bulletin_APM_Jul_Ogos2025
P. 28

PENGAJIAN MELAYU MERENTASI DISIPLIN ILMU




                                                                                
                      DI AKADEMI PENGAJIAN MELAYU


          31 Julai 2025 – Seramai 30 orang pelajar Akademi Pengajian
          Melayu (APM), Universiti Malaya, giat menjalani latihan intensif
          pada       30     Julai      2025       sebagai        persiapan         menghadapi
          pertandingan budaya bersempena Program Mobiliti yang bakal
          berlangsung di Universitas Sumatera Utara, Indonesia.Latihan

          ini diketuai oleh Dr. Mardian Shah, selaku koreografer dan
          Penasihat          Team          Aerodance           UM         (TADUM),           yang
          bertanggungjawab menyusun persembahan agar mencapai
          tahap terbaik. Turut hadir memberikan sokongan moral ialah
          Dekan APM, Prof. Madya Dr. Sabzali Musa Khan, serta
          Pengurus Fakulti, En. Fakhrulrazi, yang meninjau sesi latihan
          yang      sedang         rancak       dijalankan         di    Dewan         Angsana,

          APM.Diharapkan usaha gigih ini akan memberikan impak
          positif bukan sahaja kepada Akademi Pengajian Melayu, tetapi
          juga mampu mengharumkan nama Universiti Malaya di
          pentas antarabangsa.



































































                                                                                                  28
   23   24   25   26   27   28   29   30   31   32   33