Page 26 - Bulletin_APM_Jul_Ogos2025
P. 26
PENGAJIAN MELAYU MERENTASI DISIPLIN ILMU
PERBINCANGAN PROGRAM MOBILITI PELAJAR
AKADEMI PENGAJIAN MELAYU BERSAMA
TIMBALAN NAIB CANSELOR HAL EHWAL PELAJAR,
UNIVERSITI MALAYA
27 Julai 2025 – Mesyuarat bersama pelajar-pelajar Ijazah
Dasar Akademi Pengajian Melayu (APM) dengan Timbalan
Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar (HEP) UM, Prof. Dr. Zamri,
telah berlangsung bagi membincangkan perancangan dan
pelaksanaan program mobiliti Rentas Ilmu dan Tamadun
Melayu (RITMA). Sesi ini menjadi platform penting untuk
mendapatkan pandangan, cadangan serta sokongan
daripada pihak universiti demi memastikan keberhasilan
program mobiliti yang dirancang.
26

