Page 31 - Bulletin_APM_Jul_Ogos2025
P. 31
PENGAJIAN MELAYU MERENTASI DISIPLIN ILMU
PERHIMPUNAN PENULIS SASTERA WANITA
SE-NUSANTARA 2025
Pada 2-3 Ogos 2025, Dr. Nurhanis Sahiddan, Pensyarah Program
Kesusasteraan Melayu, Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya
telah membentangkan kertas kerja bertajuk “Citra Wanita dalam Karya:
Isu dan Harapan” dalam Perhimpunan Penulis Sastera Wanita Se-
Nusantara 2025 anjuran GAPENA di Melaka. Penglibatan ini
menyerlahkan peranan wanita dalam dunia penulisan sastera serta
membuka ruang wacana ilmiah berkaitan citra dan suara wanita dalam
naratif kesusasteraan serantau, sekali gus memperkukuh kedudukan
APM sebagai peneraju dalam memartabatkan kesusasteraan Melayu di
peringkat Nusantara.
31

