Page 33 - Bulletin_APM_Jul_Ogos2025
P. 33

PENGAJIAN MELAYU MERENTASI DISIPLIN ILMU



                     MAJLIS MENYEMPURNAKAN TANDATANGAN
                  MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MOU) ANTARA

                 UNIVERSITI MALAYA & WOC HOLDING SDN. BHD.
         •

         7 Ogos 2025 - Majlis Menyempurnakan Tandatangan Memorandum Persefahaman
         (MOU) antara Universiti Malaya & WOC Holding Sdn. Bhd. Memori indah terukir di
         Akademi Pengajian Melayu (APM) apabila Dekan APM, Prof. Madya Dr. Sabzali Musa
         Kahn menerima cenderahati istimewa daripada Mr. Foo dari WCO Holdings Sdn. Bhd.,
         iaitu sebuah miniatur wanita berkebaya yang halus seni buatannya. MOU ini bertujuan
         berusaha memelihara, mengekalkan dan mengembangkan produk seni budaya dan
         warisan negara. Ia juga bertujuan membantu mengekalkan seni budaya dan warisan ke
         arah jati diri, kesejahteraan dan perpaduan negara. Miniatur ini bukan sekadar hadiah,
         tetapi melambangkan keanggunan warisan busana Melayu yang telah berabad-abad
         menjadi identiti budaya serantau. Sentuhan seni yang teliti, dihasilkan sepenuhnya
         secara    buatan    tangan,   menjadikan     cenderahati    ini  simbol   penghargaan     dan
         persahabatan antara kedua-dua pihak. Yang menghadiri majlis MOU ini ialah staf
         akademik dan pentadbiran. Hadiah ini diharapkan menjadi pemangkin semangat untuk
         terus memelihara, memartabatkan, dan mengangkat seni budaya Melayu di persada
         dunia.






































































                                                                                                  33
   28   29   30   31   32   33   34   35   36   37   38