Page 3 - Bulletin_APM_Mei_Jun2025
P. 3
PENGAJIAN MELAYU MERENTASI DISIPLIN ILMU
KATA ALU-ALUAN
DEKAN APM
Alhamdulillah, segala puji dan syukur ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah kurnia-Nya,
kita dapat menerbitkan buletin bulanan edisi 3, Mei-Jun 2025. Dalam landskap pendidikan tinggi
yang semakin mencabar, keupayaan kita untuk mengekalkan kecemerlangan bergantung pada
sejauh mana kita mampu berfikir ke depan, bertindak strategik dan bekerjasama sebagai satu
pasukan. Saya berbangga melihat warga Akademi Pengajian Melayu, UM terus melangkah ke
hadapan dengan idea yang segar, inovasi yang relevan dan semangat memberi yang tidak
pernah luntur.
Kejayaan yang kita kecapi hari ini hasil daripada komitmen setiap pensyarah, staf dan pelajar
yang sentiasa berusaha memberi yang terbaik. Justeru, penerbitan buletin ini bukan sahaja
sebagai rekod aktiviti dan berita, tetapi lebih penting. Ianya menjadi dokumen yang merakam
budaya kerja cemerlang yang sedang kita bina. Saya berharap edisi ini menjadi sumber inspirasi,
ruang perkongsian dan wadah penyebaran ilmu yang bermanfaat kepada semua pembaca.
Semoga usaha berterusan ini memperkukuh identiti fakulti sebagai pusat unggul dalam
pendidikan, penyelidikan dan pembangunan masyarakat. Akhir kata, saya ingin merakamkan
setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah berganding bahu menyumbang
tenaga dalam menjayakan penerbitan buletin ini. Terima kasih.
Prof. Madya Dr. Sabzali Musa Kahn
Dekan
Akademi Pengajian Melayu
Universiti Malaya
TIMBALAN DEKAN
(IJAZAH DASAR DAN HAL EHWAL PELAJAR)
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya, Buletin Pengajian Melayu (Mei – Jun 2025) ini dapat
diterbitkan sebagai wadah perkongsian maklumat, ilmu, dan inspirasi. Penerbitan ini diusahakan bagi mengangkat
suara serta kegiatan warga kita, di samping mendokumentasikan pelbagai pencapaian, aktiviti, dan usaha yang
dilaksanakan sepanjang tempoh tertentu.
Buletin ini diharapkan dapat menjadi rujukan berguna serta medium komunikasi yang berkesan antara pihak
pengurusan, staf, dan pelajar. Melalui naskhah ini, kita bukan sahaja dapat menelusuri perjalanan aktiviti yang
telah berlangsung, tetapi juga memperkukuh semangat kebersamaan dalam mendukung visi dan misi Akademi
Pengajian Melayu, Universiti Malaya.
Setinggi-tinggi penghargaan dirakamkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan penerbitan ini,
khususnya barisan penyelaras, penulis, serta penyumbang idea dan artikel. Semoga usaha ini memberi manfaat
kepada semua warga dan menjadi pemangkin kepada penghasilan lebih banyak karya bermanfaat pada masa
akan datang.
Sekian, terima kasih.
Profesor Madya Dr. Tengku Intan Marlina Tengku Mohd Ali
Timbalan Dekan
Ijazah Dasar dan Hal Ehwal Pelajar
Akademi Pengajian Melayu
Universiti Malaya 3

