Page 4 - Bulletin_APM_Mei_Jun2025
P. 4
PENGAJIAN MELAYU MERENTASI DISIPLIN ILMU
PERASMIAN ANJUNG SELASIH
AKADEMI PENGAJIAN MELAYU OLEH
YBHG. PROFESOR DR. ZAMRI RADZI, TIMBALAN NAIB
CANSELOR (HAL EHWAL PELAJAR),
UNIVERSITI MALAYA
15 Mei 2025 - Anjung Selasih, gazebo berkonsepkan
budaya Melayu, kini mewarnai persekitaran Akademi
Pengajian Melayu sebagai ruang santai dan diskusi ilmiah.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBhg. Profesor
Dr. Zamri Radzi, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal
Pelajar), Universiti Malaya, dengan kehadiran warga
akademik dan pelajar yang menceriakan suasana. Semoga
Anjung Selasih terus hidup sebagai simbol keseimbangan
antara ilmu, budaya dan ketenangan jiwa.
4

