Page 8 - Bulletin_APM_Mei_Jun2025
P. 8
PENGAJIAN MELAYU MERENTASI DISIPLIN ILMU
MESYUARAT PENYELARASAN LATIHAN INDUSTRI APM
Mesyuarat Latihan Industri telah berlangsung pada 31 Mei 2025 dengan
penuh komitmen dan semangat daripada semua penyelaras program di
Akademi Pengajian Melayu (APM), Universiti Malaya. Program
disampaikan oleh Dr. Noor Hasnoor Mohamad Nor (Program Linguistik
Melayu), Dr. Mohd Taufik Arridzo (Program Kesusasteraan Melayu), Dr.
Ahmad Zahiruddin Mohd Zabidi (Program Pengajian Melayu), dan Dr.
Akhmad Mansur (Program Bahasa Melayu Profesional) atas peranan
penting mereka dalam memastikan kelancaran pelaksanaan Latihan
Industri. Ucapan terima kasih turut dirakamkan kepada semua Pensyarah
Akademik (PA), ID dan penyelaras program atas kerjasama, komitmen dan
dedikasi yang berterusan dalam menyokong usaha pembangunan
profesional pelajar APM.
8

