Page 123 - Bulletin_APM_Sept_Okt2025
P. 123
PENGAJIAN MELAYU MERENTASI DISIPLIN ILMU
Ucapan Dekan Sempena Program UM–
WOW (Minggu Haluan Siswa)
Sesi ucapan oleh Dekan Akademi Pengajian Melayu sempena
Program UM–WOW telah memberikan suntikan semangat
kepada pelajar baharu dalam memahami peranan, hala tuju
dan visi mereka sebagai warga Universiti Malaya. Dekan
menekankan kepentingan jati diri, ketahanan mental, disiplin
akademik, budaya ilmu serta nilai integriti yang perlu menjadi
pegangan setiap mahasiswa sepanjang pengajian.
123

