Page 126 - Bulletin_APM_Sept_Okt2025
P. 126
PENGAJIAN MELAYU MERENTASI DISIPLIN ILMU
Lawatan Akademik Rombongan Pelajar dan Guru
SMK Iskandar Shah, Jasin, Melaka
17 Oktober 2025 - Seramai 84 orang pelajar Tingkatan 6
bersama lima orang guru pengiring telah menyertai sesi
lawatan yang diadakan dari jam 10.00 pagi hingga 2.00
petang. Lawatan ini memberi peluang kepada para
pelajar untuk mengenali dengan lebih dekat bidang
Pengajian Melayu, memahami ekosistem akademik di
universiti, serta mengikuti sesi perkongsian ilmu bersama
warga akademik APM.
126

