Page 130 - Bulletin_APM_Sept_Okt2025
P. 130
PENGAJIAN MELAYU MERENTASI DISIPLIN ILMU
MAJLIS PENUTUP HATI 2025
18 Oktober 2025 (Sabtu) 5.00 petang Dewan Semarak APM
Majlis penutup tirai Program Hari Interaksi Akademi Pengajian Melayu
(HATI) 2025 oleh Dekan APM, Prof. Madya Dr. Sabzali Musa Kahn.
Majlis diteruskan dengan sesi penyampaian hadiah kepada semua 10
kumpulan peserta sebagai tanda penghargaan atas penglibatan dan
semangat yang ditunjukkan sepanjang program ini.Penghargaan khas
turut disampaikan kepada dua orang peserta yang paling menyerlah
dalam Program HATI. Penghargaan tersebut telah dianugerahkan
kepada seorang peserta lelaki dan seorang peserta perempuan yang
telah menonjol dari segi perwatakan, penglibatan aktif dan semangat
berpasukan.Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua
peserta yang telah menjayakan HATI 2025. Semoga pengalaman ini
menjadi permulaan yang baik dalam membina jalinan ukhuwah dan
kecemerlangan bersama di Akademi Pengajian Melayu.Terima kasih
kepada semua Pengerusi dan 53 AJK HATI dan 96 peserta yang
hadir. Peserta yang mendaftar seramai 124 orang.Tahniah dan
Syabas!
130

