Page 133 - Bulletin_APM_Sept_Okt2025
P. 133

PENGAJIAN MELAYU MERENTASI DISIPLIN ILMU


            WACANA KAJIAN PERSEPSI BELIA TERHADAP NOVEL

                TERBITAN DBPWACANA KAJIAN PERSEPSI BELIA
                            TERHADAP NOVEL TERBITAN DBP



          Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) melalui Bahagian Penyelidikan
          Sastera, Jabatan Dasar dan Penyelidikan telah menganjurkan Wacana
          Kajian Persepsi Belia Terhadap Novel Terbitan DBP pada 17 Oktober
          2025 (Jumaat), bertempat di DBP dari jam 9.00 pagi hingga 12.00
          tengah hari. Wacana ini bertujuan membentangkan dapatan kajian

          berkenaan tahap penerimaan, minat dan persepsi belia terhadap novel
          berbahasa Melayu terbitan DBP kepada khalayak. Sesi ini menampilkan
          tiga panel iaitu Dr. Jeffrey Lawrence D’Silva (IPSAS, UPM) yang
          membentangkan topik “Penilaian Terhadap Kualiti dan Penerimaan
          Novel Berbahasa Melayu dalam Kalangan Belia”, Encik Saifullizan
          Yahaya (Ketua Bahagian Penyelidikan Sastera, DBP) dengan tajuk
          “Cabaran dalam Memupuk Minat Membaca Novel Berbahasa Melayu
          dalam Kalangan Belia”, dan Prof. Madya Dr. Haliza Abdul Rahman
          (IPSAS, UPM) dengan tajuk “Persepsi Belia Terhadap Novel Berbahasa
          Melayu: Saranan kepada Penerbit dan Penulis”, manakala sesi
          dimoderatorkan oleh Prof. Madya Dr. Kamariah Kamarudin (UPM). Turut

          hadir ke program tersebut ialah Prof. Madya Dr. Tengku Intan Marlina
          Tengku Mohd. Ali dan Dr. Nurhamizah Hashim dari Akademi Pengajian
          Melayu, Universiti Malaya sebagai wakil institusi. Wacana ini telah
          membuka ruang penting bagi perbincangan, penilaian dan pengukuhan
          strategi pemerkasaan karya sastera Melayu dalam kalangan generasi
          belia masa kini.





















































                                                                                                 133
   128   129   130   131   132   133   134   135   136   137   138