Page 138 - Bulletin_APM_Sept_Okt2025
P. 138

PENGAJIAN MELAYU MERENTASI DISIPLIN ILMU


            Surat Penghargaan Kedutaan Republik Tajikistan kepada

                     Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya


          Akademi Pengajian Melayu (APM), Universiti Malaya merakamkan
          setinggi-tinggi penghargaan kepada His Excellency Ardashir Qodiri, Duta
          Besar Republik Tajikistan ke Malaysia, atas penyampaian surat

          penghargaan rasmi yang diterima pada 24 Oktober 2025. Surat tersebut
          menzahirkan penghargaan pihak Kedutaan terhadap lawatan rasmi
          delegasi APM ke Kedutaan Republik Tajikistan pada 22 Oktober 2025, di
          samping menegaskan kepentingan memperkukuh kerjasama ilmiah,
          akademik dan budaya antara Malaysia dan Tajikistan, khususnya dalam
          menghubungkan Asia Tengah dan Asia Tenggara melalui jaringan ilmu
          yang lebih strategik. APM amat menghargai pengiktirafan ini dan
          komited untuk terus memperluas hubungan akademik antarabangsa
          dalam usaha mengangkat ilmu dan budaya Melayu ke persada global.













































































                                                                                                 138
   133   134   135   136   137   138   139   140   141   142   143